sultanfaa
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Kadang-kadang memang akan ada barang yang kita sengaja buang, ia datang kembali.
elviraeth
Nah it's okay i'm here to spread positivity and virtual hugs. Hope your deceased family member rest well in afterlife ❤️
elviraeth
Hope you have good days babygirl :)
sultanfaa
@official_pretty i've realised how depressed my profile actually are after u said that *laugh Anyways, such on timing words. One of my family member just passed away couple of days ago and i didn't even get the chance to visit. Thanks for ur kind words. May the dua back to you too ♡
•
Reply
sultanfaa
Hanya hati yang diam huni bersama sanak saudara yang sunyi di kota yang sepi.
— Salam 1 Syawal .
sultanfaa
"Amelia, kat luar masih hujan"
"Tak apa. Biar basah-basah kena berkat"
Berkat. Ya.
Biar kepalaku yang menanggung bebanan kesulitan, dihujani keberkatan.
Biar dadaku yang terbakar 1001 rasa, disimbahi keberkatan.
Biar mataku yang sudah letih bertahan, dilimpahi keberkatan.
Biar diriku yang merindu pelukan hangatMu, diberkati keberkatan.
Sepanjang perjalanan dari masjid ke bilik itulah perjalanan paling bahagia. Bunyi hujan lebat dan bunyi gelak ketawa kami bersatu. Bumbung kami abaikan. Lopak setinggi buku lali kami pilih.
"Faa, tak puaslah"
Amelia menutup mata. Aku menatap awan.
Apa pun beban kita, Amelia, kita bahagia.
Terima kasih. Kali ini, tiada masalah yang aku bawa pulang.
Yang ada, hanyalah berkat.
10pm .
sultanfaa
Selamat hari lahir, diri sendiri.
Tika pun daun melupakan bunganya
Kumbang sudah tidak tertarik pada warna
Yang berlegar-legar sudah punah dari radar
Yang di uwar-uwar lupa punya suara
Yang di puja-puja tak teringat kehadiran
Mereka khabar kau mengulang puisi
Walau yang hanya kau lakukan
— sekadar meraih simpati.
Tapi kau tahu?
Kelopak itu sentiasa ada.
Kelopak itu setia.
18.
Sayang, Ya Zulmat itu pun tidak ambil tahu !
18.
Sayang, Tuhan tahu.
sultanfaa
; Ya Zulmat
Kita bercerita tentang Tuhan
sepertinya kitalah lebih tahu
rupanya selama ini
kita hanya dikaburi puing-puing ego
gelojoh menggapai yang tak kita punya.
Sayang,
ada zaman kau tampaknya syurgaku
namun Tuhan kata kau nerakaku
dicerakinnya jasad dan hati kita berdua
disuluhnya roman zulmat dalam diammu
dipimpinnya rasa ladah dalam jiwaku
walau pantas kau menyeksa batin kita —mungkin.
Aku pernah berfikir
akukan rapuh?
mengapa kau juga tidak sama terjatuh?
Rupanya Tuhan lebih cintakan aku
kusangka aku sudah rapuh
malahnya kau sudah mati
segala bunga telah kau bajakan
kudamu telah kau beri makan
kontang tubir memendam sengsara
mengapa Tuhan terlalu baik?
Tuhan, jauhkan aku dari magnetnya.
Yang Zahir,
semakinku paksa doaku
akhirnya kau kian memudar, sayang.
21RabiulAwal1445,
4:30am .
(menggeletar menulis ini)
sultanfaa
; Puisi ini Bukan untuk Kamu .
Mengapa kau tabur bunga yang sama
pada jalan yang telah kau hitamkan?
Sedang kau sudah mengerti,
bukan jalan itu yang kau pilih
malah dua duri telah kau pacakkan
menghalang sesiapa yang ingin melintas
namun bunga yang sama
tetap kau taburkan.
Yang Zahir,
Lakaran pagar itu hanya delusi
apa salahnya berdoa ia benar mengunci
kerana Tuhan tidak pernah silap memberi.
Kelakar.
Terkadang aku lupa
bahawa aku masih di atas pentas
dan kita masih berlakon.
20RabiulAwal1445,
2:15 am .
melloneyxvii
Assalamualaikum awak.. Saya author Queen D'amour, melloneyxvii. Ingat lagi tak? Harap ingat. Tidak pasti sama ada awak masih di sini atau tidak, tetapi mana tahu bila-bila awak kembali dan perasan notification ini. Sebenarnya saya cuma nak beritahu je kalau-kalau awak masih berminat dgn cerita saya, singgahlah ye. Saya dah mula update balik di sana perlahan2. Itu sahaja. Maaf mengganggu dan terima kasih kerana pernah support cerita saya. ( ◜‿◝ )♡
https://www.wattpad.com/story/186773854
sultanfaa
@MelloneyXVII waalaikumussalam, hai ! Mestiilahh ingat ! Tungguu saya habis spm week , terus saya serbuuu insya Allah
•
Reply
Speckygirl919
Hai, kalau sudi singgahlah baca cerita saya, Seren. Maaf spam disini. Have a nice day ☺️