Hye, tumpang promote ye. Kalau rasa tak selesa boleh delete message ni♥
"Auchh" Mia menarik tapak tangannya laju. Luka yang masih merah itu dilihat. Sakit.
Dia tercebik kecil sambil memandang ke arah Khairil di hadapannya. Lelaki itu mengambil kapas dan dituang sedikit minyak gamat ke atasnya.
"Sinilah aku nak sapu ubat tu kat luka kau. Biar lama-lama masuk kuman nanti" Kata Khairil sambil menggamit Mia mendekatinya.
Terus saja Mia menggeleng laju.
"Tak nak, sakit" Dia berkata perlahan sambil menunduk.
"Siapa suruh gatal sangat pergi panjat pokok rambutan tu. Kalau aku tak datang tadi mesti teruk kau jatuh" Bebel Khairil. Lengan Mia yang berlapik t-shirt lengan panjang itu ditarik ke arahnya sedikit.
Mia menunduk, seketika dia terlihat luka di siku lelaki itu. Kalau nak dibandingkan dengan lukanya, luka lelaki itu lebih teruk tapi dia tak sakit ke? senyap je dari tadi.
"Maaf sebab terjatuh atas awak, mesti sakit kan" Kata Mia lagi. Serba salah pula dia rasa. Gara-gara nak sambut dirinya, lelaki itu terjatuh sekali.
"Takpe, aku lelaki. Setakat luka macam ni boleh tahan lagi. Kau tu, lepasni jangan nak pandai-pandai panjat pokok sendiri. Gaya macam tak pernah tengok pokok je kau ni" Bebel Khairil lagi sambil menjentik dahi Mia perlahan. Lukanya sudah siap ditampal dengan plaster pun.
Khairil bangun ingin mengemas semula ubat-ubatan dan kapas yang digunakan tadi. Seketika Mia menahan. Khairil memandang Mia bertanya kenapa?
"Luka awak tu pun tak cuci lagi, biar saya tolong" Kata Mia perlahan sebelum kembali menarik Khairil untuk duduk di hadapannya.
Khairil tersenyum kecil
•••
Link:-
https://www.wattpad.com/story/218079789?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Fallenrara&wp_originator=rpAsaDpKGFx3dXkyazEl5H51LbmrjCGTb9R940IieXY7wLVdrvoKyDj99JDuovzvMpCgNNMsk8FxqzU8GyOzdZIoYNXngSa4SQ05Yqm%2Fls3ndC%2FSdQz58SCrx6ldzw4g