sweettapple

Assalamualaikum dan hai semua ❤
          	
          	Masuk hari ni dah 6 hari kita dirumah. Mesti boring kan? Tapi nk buat mcm mana, kita terpaksa jgk kena duduk dirumah demi hindari penyakit berjangkit tu (covid-19). Jangan disebabkan kedegilan kita nk keluar rumah jgk semata-mata nk jalan2 sj then nasib penyakit tu terkena pd kita lpstu bawa balik pd org lain. Jangan krn setitik nila, habis rosak susu sebelanga. Patuhilah arahan yang dah dikeluarkan kerajaan ;) Jangan pentingkan diri sendiri ya :) tq❤
          	
          	
          	 #staysafeeveryone #kitajagakita #pakaimask

asterhyzells_

Keluar takut. Jumpa orang pun takut. Itulah Athifa. Sangat pemalu orangnya. Takut dengan orang tak dikenali, tetapi manja dengan Nek Roziah walaupun Nek Roziah bukan nenek kandungnya.
          
          Ezhan, lelaki yang baru dikenali selama dua hari mengubah jalan hidupnya. Siapa sangka hanya disebabkan lelaki itu tersalah masuk dalam bilik air ketika Athifa sedang mandi, mereka dikahwinkan.
          
          "Ezhan tersalah masuk bilik air masa dia tengah mandi aje pun. Bukannya Ezhan cabul Athifa. Ezhan keluar cepat-cepatkan tadi. Perlu ke sampai macam ni?" Bingung Ezhan.
          
          "Athifa tak kenal Ezhan. Athifa tak suka Ezhan." Itulah yang terluah dari mulut Athifa sebagai jawapan. Dia betul-betul tak nak kahwin dengan Ezhan. Dia tak nak rapat dengan orang yang tak dikenalnya.
          
          "Kau tak jaga Athifa baik-baik, mati kau aku kerjakan!" Fahad memberi amaran. Hilangnya dia seketika, mendapat kejutan tak disangka. Berat hati mahu melepaskan. Pada masa yang sama risau Athifa bakal bersedih lagi.
          
          "Abang dah lama tak balik! Athifa merajuk! Athifa marah! Abang cakap abang nak jaga Athifa tapi abang hilang!" Amuk Athifa. Orang yang dia paling rapat, paling dia sayang tak ditemukan lebih dari sebulan. Telefon pun tiada jawapan. Ke mana hilangnya Fahad selama itu?
          
          * Hai awak! Saya tumpang promote ya. *
          
          https://www.wattpad.com/story/300757873
          
          

dearfeyra

asterhyzells_

Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali membuatkan Fajar seringkali mahu berputus asa.
          
          "Fajar tak bodoh! Fajar cuma malas. Kenapa Fajar suka sakitkan hati mak macam ni? Apa yang Fajar tak puas hati dengan mak sampaikan Fajar pura-pura jadi tak pandai macam ni? Tak boleh ke Fajar jadi macam Fahim? Fahim bijak. Selalu banggakan mak. Fajar pula... selalu sakitkan kepala mak." - Puan Rosna
          
          Disleksia, tetapi tidak diakui. Mengapa dia disleksia sedangkan kembarnya bijak pandai sehingga menjadi murid contoh? Fajar sendiri tidak mengerti.
          
          Tangan selalu menadah, memanjatkan doa agar ibu kandung berlembut hati menerima keadaannya walau hati tidak henti menambah luka tidak berdarah.
          
          Kehadiran Nora Arisha menghadirkan rasa teragak-agak. Fajar terjatuh suka akan gadis itu, namun takut dengan diri sendiri. Disebabkan perkara yang dia lalui, dia hilang keyakinan diri dengan penerimaan orang lain terhadapnya.
          Akankah mereka menerima dirinya seadanya?
          
          *** Hai. Maaf mengganggu. Izinkan saya promote cerita saya di mb awak. Kalau tak boleh, awak boleh padam terus. Terima kasih.
          
          https://www.wattpad.com/story/373124936