syamimicute

Seems like it's normal to be abnormally anxious nowadays  since the crack started to show on the shell. You're long gone, but the memory remains - Seindah Fantasi, Chapter 18: Hilang Untuk Healing

syamimicute

PART 3
          Sebulan aku diminta untuk ganti guru yang sakit itu. Dan boleh kata, 98.00% aku berjaya tunaikan niat tu. Ada la beberapa kali yang aku tertengok phone dalam waktu kerja. Tapi lepastu cepat-cepat teringat dan berhenti. Macam ada orang tegur 'eh, kata nak berkat'.
          Selesai tempoh ganti, pihak tadika bagi aku gaji dalam sehelai sampul surat. Tak banyak pun. Satu per empat daripada jumlah gaji dulu. Aku pun dengan senang hatinya terima. Sebab aku tahu, inilah gaji yang setimpal dengan usaha aku. Inilah gaji berkat yang aku minta dari Tuhan.
          Sebulan lebih dah berlalu. Percaya atau tidak, duit di dalam sampul itu masih ada. Cuma kurang seperlima daripada jumlah sebenar. Terasa lama sangat duit itu nak habis. Alhamdulillah..
          Iya, ada faktor lain juga kenapa duit itu masih banyak. Adik-beradik, saudara-mara suka 'menghulur' kepada aku walau aku tak pernah minta. Dengan rezeki itulah aku pakai untuk berbelanja. Semoga Tuhan rahmati, berkati rezeki dan limpahi mereka dengan nikmat di dunia dan akhirat. Aamiin.
          Tapi aku percaya, niat yang baik akan menghasilkan outcome yang baik juga. Berazamlah supaya menjadi baik. Akhirnya, mintalah dari Dia, nescaya akan Dia kabulkan segala yang baik-baik. 

syamimicute

PART 2.
          
          Sebelum itu aku pernah bekerja secara kontrak. Boleh kata gaji aku agak lumayan lah juga. Tapi bila masuk aje gaji, mesti kena perasing siap-siap duit untuk keperluan hidup, komitmen dan belanja. Kadang-kadang nak berbelanja tu rasa sengkek sangat purse aku. Aku mula la terfikir, kut duit aku ni tak kesemuanya berkat. Mungkin ada 'termain game', 'termain phone', 'tergalak Whatsapp' semasa waktu kerja. Jadi itulah penyebab duit itu terasa ghaib aje daripada tangan aku. Haha.
          Jadi untuk kali ini, aku kena bagi berkat duit yang aku dapat. Malam sebelum hari pertama ke tadika, aku azam taknak sentuh phone sangat semasa waktu kerja (kecuali emergency). Dengan niat, nak berkat. Dan nak dijadikan cerita pula, Tuhan itu Maha Mendengar. Phone aku langsung takde line di tadika tu. Kosong, pangkah, Emergency Call Only. Dahsyat bukan! Sampai nak buka lagu-lagu nursery pun kena download siap-siap di rumah. 

syamimicute

Hai Wattpad. Lama betul tak menulis di sini kan. Tengah malam buta ini, aku nak kongsikan suatu pengalaman yang mungkin boleh dijadikan teladan buat kalian.
          Ada suatu zaman di mana aku struggle untuk dapatkan kerja. Lama menganggur sampaikan, apa sahaja kerja part time yang datang, kira sebat aje lah. Pendek cerita, ada seseorang offer untuk jadi guru ganti di tadika selama sebulan. Masa tu, duit tinggal tiga empat keping seringgit sahaja dalam purse. Jadi kalau aku tolak tawaran tu, memang aku tengah kena gegaran otak la maksudnya. 

syamimicute

Secangkir kopi karamel untuk dirasa.
          
          Seuntai kata penyusun bicara.
          
          Tulis aku, hanya meluah gurindam jiwa. Tidak pada puji puja mereka. Tetapi jika ada yang sudi baca, berjuta bintang belum tentu cukup aku gambar gembiranya. 

syamimicute

Lepas surutnya ribut, Tuhan limpahkan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Begitu kita asyik dengan cinta Dia sampaikan lupa, walaupun terasa dekat tapi rupanya perlahan-lahan menjauh sebab dengkinya si syaitan durjana pada kita. Bila Tuhan hembuskan ujian, goyah terus iman yang kononnya baru dibina. Masa itu nilailah sendiri, betul ke kukuh sayang kita pada Dia? Terbalaskah kasih yang Dia limpah? Jangan cepat berpuas hati dengan amalan kita. Sebab Tuhan kata, belum beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji.
          
          Moga-moga Tuhan ampunkan kita. 

syamimicute

You gotta work to earn money for living. Cingkalawei sungguh kehidupan. Start tulis time matrik, berhenti tulis time exam. Konon2 nak start balik bila dah masuk belajar lagi. Bila belajar 'bieezieyyy' namampoi. Dah sampai habis praktikal, kerja pula. Lagi la bieeeziieyyy namateyyy dgn bos2 yang (dambung sendiri ikut katahatimu). Elok peram je lah cerita2 ni sampai anak cucu *ha ha 

syamimicute

@syamimicute it's *sambung okeyh. Sambung. Dambung tu spesis mikroorganisma baru jumpa dkt kepulaan Fiji! 
Reply