Adakalanya kita cuba berlagak seperti biasa
Ibarat tiada apa-apa yang melanda
Pendam dan pemdam semua rasa
Di sebalik senyuman yang menyimpan seribu macam rasa
Namun kita lupa
Hati ini tidak kuat
Bila semakin lama semakin memberat
Dan akhirnya air mata jatuh melepaskan tenat
Membuatkan diri hampir jatuh kerana penat
Mereka semua tidak mengerti
Ada..tetapi cuma memerhati
Mengungkapkan paham tapi tidak cuba memahami
Tinggalkan diri ini terkapai kapai mencari erti
Saat itu kita cuba bangkit
Mencari sinar dengan kudrat yang entah ada entah tiada
Ya....kita hidup untuk DIA bukan untuk mereka
Mengapa perlu ambil kisah kata nista mereka
Kerana janji Allah kepada Hambanya jauh lebih berharga
~kosong tujuh lima satu enam~
~quotes~
~puisi dari hati~
~puisi aku untukmu~