AMARAN CINTA ELYAS : BAB 49
Kenapa tiba-tiba ada dekat sini? Joging ke?" Kening Elyas terjungkit sebelah dengan ayatnya yang terakhir. Bukannya dia tidak tahu gadis itu tidak suka bersukan, tapi dia sengaja mahu menyerkap jarang.
"Mana ada. Saya tak suka berpeluh," jawab Dewi penuh jujur sambil tersengih.
"Sangat slay!" tambah Elyas sambil membuat gaya lembut dengan tiba-tiba. Dewi yang baru sahaja membuka ikatan plastik berwarna putih itu terus menghamburkan tawanya kerana gerak-geri Elyas ketika itu sungguh buruk.
"Tak perlulah buat macam tu! Buruknya, nampak macam mak nyah!" Hampir tertutup seluruh kelopak matanya dek tawa yang disebabkan oleh Elyas.