ukaynazain

Awak semua, yang dah baca I Married to my Ex's Uncle... Komen? 

ukaynazain

Saya dah update cerita baru UNCLE AZRA'IE MY HUSBAND. Ada 5 bab baru. Maaf, baru sambung sekarang.
          
          Cerita ni versi lain tau. Sebenarnya sebelum ni saya dah keluarkan tajuk yang sama tapi untuk versi wattpad ni saya buat kelainan. Cuma awal bab tu je saya ambil dari cerita asal.
          
          So, siapa nak baca teruskan baca.✌️😘 

ukaynazain

@ukaynazain dah ada 7 bab update yang terbaru tau
Reply

ukaynazain

CHILDHOOD SWEETHEART TEASER 2
          
          “Maaf, boleh saya duduk di sini?”
          
          Terkebil-kebil matanya memandang satu sosok tinggi lampai yang kini sedang berdiri di hadapannya.
          
          Kala pinggan berisi nasi dan lauk di tangan lelaki itu sudah diletak atas mejanya, automatik saja kepalanya ditoleh kiri dan kanan.
          
          Suasana riuh beserta kelibat  pelanggan yang datang dan pergi di warung depan bangunan tempatnya bekerja menjadi petanda bahawa tiada sudah meja yang kosong. Penuh.
          
          Nampak gayanya hari ini dia terpaksa berkongsi meja dengan seseorang yang dia tidak kenal.
          
          “Maaf, meja dah penuh. Awak tak kisah, kan?”
          
          Tutur kata itu seperti mereka sudah saling mengenali. Lambat-lambat Laiyin angguk kepala. Takkan dia nak halau kerana semata-mata tidak mahu berkongsi meja dengan orang lain pula.
          
          “Diet ke?” Pertanyaan itu menyentak Laiyin. Laju mata coklatnya menghala tepat pada wajah bujur sirih sosok di depannya itu.
          
          “Tak.” Jawapannya terlalu ringkas. Tiada niat mahu berbasa-basi sedangkan dia juga sedar bahawa selama tiga tahun bekerja di tempat sama, tetap juga dirinya kekal keseorangan. Tanpa teman akrab.
          
          “Kenapa tak makan sayur kacang ni?” seketika, Laiyin mengangkat kepala.
          Terbit rasa pelik kerana lelaki itu seakan-akan tidak berhenti mahu berbual dengannya. Walhal mereka baru sahaja berjumpa beberapa minit yang lalu.
          
          “Oh, ermm… mak cik tu salah letak.” Dalam payah senyum kelatnya dilorek. Entah apa-apa alasannya tetapi selama dia hidup belum pernah lagi ada orang yang beria mahu berbual dengannya. Ini kali pertama. Jadi, dia agak pelik.
          
          “Saya ambil dan makan ya.” Kunyahannya terhenti serta-merta. Tingkah lelaki di hadapannya yang selamba mengambil sayur kacang di atas pinggannya itu hanya mampu dipandang bersama mata yang sudah pun terbuntang besar.
          
          Sebenarnya dia sendiri terkedu. Kaku. pinggannya? 

ukaynazain

❤️SINOPSIS CHILDHOOD SWEETHART❤️
          
          Hidup berjiran sejak kecil menjadikan perhubungan mereka lebih dari sebatas teman. Bahkan, pernah juga mereka digelar sebagai adik beradik berlainan mak dan ayah. Ini kisah tentang empat sekawan.
          
          Zuu Hazin menyukai Naina sejak kecil kerana beranggapan wanita itu yang pernah menyelamatkannya suatu ketika dulu.
          
          Laiyin. Dalam kamus hidupnya hanya ada ibu yang dilihat sebagai tunggak utama dan berusaha untuk menyara keluarga. Cinta? Jauh dari jangkauannya kerana dirinya hanya terfikir mahu mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup.
          
          Afiq. Turut menyayangi Naina dalam diam sehinggakan dia dan Zuu Hazin sering bertelagah dalam diam.
          
          Naina. Dalam hati Naina hanya terselit satu nama iaitu Zuu Hazin sejak mula lagi. Pada Naina, Zuu Hazin segala-galanya.
          
          Sayangnya, takdir tidak seperti yang diharap. Setelah bertahun menghabiskan masa bersama, Zuu Hazin baru tahu jika seseorang yang pernah menyelamatkannya dulu adalah Laiyin.
          
          Atas salah faham tersebut, Naina tiba-tiba membenci Laiyin. Afiq yang telah lama mengintai peluang, mengambil kesempatan. Lalu kerana perjanjian bersama, Afiq mengahwini Naina. Zuu Hazin pula bertindak melamar Laiyin.
          
          Sayangnya bukan itu penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi. Malahan, keadaan menjadi semakin bercelaru. Hilang sahabat, hilang segala memori berbelas tahun yang mereka potretkan selama ini. 
          
          Sedang dalam kisah ini, Naina yang menjadi tunggak cerita kerana tidak pernah tahu masalah sebenar di antara ketiga-tiga sahabatnya. Bagaimanakah kesudahannya? Patutkah segala salah dihempap atas bahunya sendirian? Walhal, bukanlah dirinya yang menjadi pencetus masalah.