Assalamualaikum, hai semua. Saya kembali dengan ebook dark romance baharu. Tajuk dia Bride's Revenge. Bagi blurb teruslah eh HAHAHA
Niat baik Tan Yin Aurelia untuk menyelamatkan sahabatnya daripada sang kekasih gila bertukar tragedi apabila dia pula yang terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.
Haze Vale Ruan, nama yang disegani dan dihormati kerana berketurunan Ruan. Namun, di sebalik imej sempurna keluarganya itu, ada sesuatu yang mereka sembunyikan.
Toksik. Ya, keluarga itu toksik. Peraturan mengarut, adat yang melampau membuatkan Yin nekad untuk hancurkan keluarga itu. Ya, keluarga yang memberikan trauma kepada sahabatnya.
“If you dare to divorce me, I'll make sure Ruan's Empire will face the consequences.” — Tan Yin Aurelia
“Tak ada rancangan nak cerai pun. Aku akan tunggu sampai kau sendiri mati dalam rumah ni.” — Haze Vale Ruan
Dapatkah Yin membalas dendam terhadap keluarga Ruan? Akankah cinta antara dua musuh ini akan berputik? Semuanya di dalam Bride's Revenge.
Berminat? Nak beli? Boleh masuk channel telegram saya. RM12 sahaja untuk 70k words. In Shaa Allah berbaloi hehe.