Bukan orang senang , bukan selalu berduit , alhamdulillah sedar jugalah diri ni kerdil walau kadang tinggal solat lagaknya bagai ahli syurga . Tak semua lelaki yang menggunakan motor tu tiada masa depan . motor adalah transport , kenderaan untuk ke kerja , nanti dah kaya upgradelah kereta :') bukan niat menghina tapi hati terlajak kecewa . keluarga tak besar mana tak kaya tapi sempurnalah kasih sayangnya :') hidup dengan ibu yang tabah bekas janda , ayah baru tak kerja bukan apa mungkin ada sakitnya yang dirahsiakan wallahualam :') tapi untuk awak menidakkan kehadiran bayi dalam perut ibu saya kerana si bapa yang tidak bekerja awak sangatlah silap . lidah awak tajam menghiris segenap hati , adik saya tu rezeki . Awak kaya , umrah berkali , berduit lagi tapi awak tak mampu membeli budi bahasa dan tak mampu belajar hormatkan kehidupan orang lain . Awak sangatlah miskin dalam berkasih sayang dengan orang keliling . maafkan saya , bahasa saya kasar dan saya tak perlu mencarut untuk meluahkan betapa hati saya sakit dengan kewujudan manusia bongkak hati dengki macam awak :')