Kelebihan burung pada sayapnya, kelebihan gajah pada gadingnya dan kelebihan manusia pada akalnya.
Hai, Assalamualaikum semua <3
Rasanya macam dah lama sangat tak buka wattpad hehe... Korang apa khabar? Sihat? Memandangkan dah nak masuk tahun baru ni, saya nak minta maaf kalau pernah terkasar bahasa sepanjang saya berada dalam dunia oren ni. Korang dah ada ke azam baru ke untuk 2022 ni? Cuba kongsi sikit hehe :) manalah tahu kalau tersama. >v<
Good luck bagi yang masih bersemangat berkarya. Kalau akal digunakan untuk benda yang baik, inshaa Allah hasilnya akan baik. Jadi korang yang pandai menulis ni, teruskan berjuang! Fighting! Jangan putus asa ya kawan. Kalau tak, nanti saya ketuk awak dengan hammer Thor. Hehe takdelah. Gurau je.
Semoga di tahun baru nanti kita akan jadi lebih baik berbanding tahun sebelum ni.
Ouh, btw kalau korang ada cerita yang nak saya baca bagi link di bawah. Ataupun korang nak share cerita ii yang menarik pun boleh jugak! Nanti kalau saya free saya baca. ;)
Akhir kalam dari saya, jaga diri, jaga kesihatan. Assalamualaikum.