@wanehh_sa Solusinya,
1. Paksa diri untuk konsisten dengan sesuatu. Jika tonton sesuatu video, hadam intinya sehingga habis. Latih diri supaya faham dan sabar.
2. Jika sedang bersenam, joging. Jangan latih diri mendengar musik sambil bersenam. Sebaliknya fokus kepada persekitaran, nikmati alam. Peka dengan keadaan.
Ada banyak cara lain, tapi hanya ini yang aku ingat.
Dan, satu perkara yang aku rasa sangat berkesan adalah MEMBACA.
Hal ini kerana, aku perasan detik di mana bermulanya aku hilang fokus terhadap sesuatu adalah sejak aku kurang membaca. Dan, setelah itu, pembacaan aku terhenti. Hanya sesekali membaca kerana terpaksa dan untuk kepentingan belajar. Hayatinya seperti dahulu jauh sekali. Kerana waktu itu apa yang penting untuk aku adalah aku TAHU dan KUASAI.
Walaupun nyatanya langsung aku tidak perolehi matlamat itu. Mungkin dapat tapi hanya untuk jangka masa pendek.
Maka disamping memulihkan diri aku daripada POPCORN-BRAIN ini, aku juga mahu membaca sebanyak yang mungkin untuk tahun 2025. Biar akalku hidup, kembalikan imaginasi yang dulu. Jiwa setenang perpustakaan yang dulu.
Doakan aku!
Syazwani