arianfuil

Sis , story dear heartbreaker bila nak publish ☹️

arianfuil

Terima kasih kak naz 
Reply

writerNaz

Hehehe sorry awak naz dah hampir terlupa cerita tu naz update segera ya
Reply

writerNaz

arianfuil

Sis dear hearbreaker bila nk publish :( 

arianfuil

Yeayyy finallyy thankyouu naz  syaa sanggup tunggu lagi demi cita tu hehehe
Reply

writerNaz

@arianfuil Allahu lamanya…sorry awak nnti naz update ok. Tapi takes time lah mcm biasa hehehe sbb cerita tu heavy awak, ada pasal medical. Tak pe demi awak naz update ya tapi slps mrs daiyan tamat. Lagi sikittt je lagi, naz tgh cari masa utk sambung semula
Reply

writerNaz

@Soon awak hehehe. Maaffff sbb buat awak tertunggu selama ni
Reply

writerNaz

Ikhlas✨
          
          Ikhlas itu memang memerlukan proses yang sangat lama,
          Harus berusaha paksa untuk ikhlas meskipun hati sedang menjerit tidak mahu,
          Harus siap melepaskan walau batin sedang menjerit rindu,
          Ya itulah kehidupan,
          Kadang kita harus sedar tidak semua yang kita mahukan harus berjalan seiring dengan kehendak hati.
          Allah lebih tahu, lebih berhak menentukan segalanya.
          
          Kerana Dia MahaTahu, Maha Bijaksana, lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Lebih faham apa yang kita tidak fahami. Maha melihat berbanding kita yang terbatas dalam penglihatan. 
          
          Sungguh saat ini aku berada di titik terendah, 
          Tapi aku juga harus sedar bahawa semua yang telah berlaku sudah tertulis dalam ceritera hidupku sejak azali. Saat ini aku hanya perlu mengikhlaskan walau sejuta kali aku enggan untuk melakukan. 
          
          Benarlah, kerana jodoh itu kita bertemu. 
          Tetapi tak semua yang bertemu itu berjodoh.Benar sekali lagi bahawa pertemuan itu menghadirkan pengajaran, sebuah perkenalan yang mematangkan akal fikiran. Dan sebuah salam perpisahan yang mengajarkan erti kekuatan dan ketangguhan.
          
          Dear Z,
          Wherever you are, no matter what you do, who you’re with, I will always be right here and waiting for our chapter to rewrite again. I highly hope there is still ‘to be continue’ in our story, the other day is not our last met, not the last time our eyes laid on each other. If we are really meant to be, sejauh mana pun kita melangkah, sebesar apa pun jurang yang menghalangi, Allah pasti ada cara untuk menyatukan kita semula sesuai di dalam perancangan-Nya.  You are the best thing that has ever happened to me, the perfect journey, and the most beautiful memories. Stay safe and may Allah grants you with all His kindness. 
          
          So long buddy…
          
          |NANTIKAN MY NEXT WORK ‘Ikhwan’ | SHORT STORY
          

writerNaz

"Sayang, nak tak kau berkongsi hidup dengan aku semula? Tidur sebantal dengan aku balik? Berada dalam pelukan aku? Menemani tidur aku dengan kata-kata cinta kau? Menjadi ibu kepada anak-anak aku nanti? Dan yang paling penting, sudi tak kau melayan perangai gatal aku sepanjang hidup kau nanti?" Tukas Daiyan romantis dan berbaur usikan nakalnya. Dia tersengeh lawa dan Nadhrah tertawa kecil dalam esakannya.
          
          Nadhrah menarik Daiyan untuk bangun semula.Dia tersenyum lalu mengangguk beria .
          
          "Ya saya nak, dan saya sanggup untuk menghabiskan sepanjang hidup saya bersama awak." Balasnya seraya mengambil cincin yang terletak elok di dalam kotak baldu itu.
          
          -MRS DAIYAN

writerNaz

MRS DAIYAN | POTONGAN BAB 52
          
          "Nadhrah Binti Aryan." Panggilnya lembut saat jarak mereka cuma tinggal sedepa. 
          
          "Aku tahu aku terlalu bodoh khianati cinta kau, terlalu bodoh menghancur ranapkan sekeping hati yang kau hulur ikhlas selama perkahwinan kita. Dan kerana kebodohan aku juga, aku hilang kau. Kerana ego yang aku junjung tinggi aku biarkan kau terseksa dalam ikatan suci kita." luah Daiyan dengan mata berkaca-kaca. 
          
          Hanya mereka yang saling mendengar dek kedudukan mereka yang agak jauh dari meja-meja tetamu di depan pentas sana.
          
          "Aku nafikan hak kau sebagai isteri. Aku gantung nafkah batin kau, aku curang belakang kau sampai akhirnya semua perbuatan keji aku menghancurkan mahligai kita." Menitis air mata Nadhrah saat mendengar Daiyan mengungkap satu persatu kesilapannya. Dapat dia lihat ada sinar kesal di balik sepasang mata hitam lelaki itu.
          
          "Tapi sayang, aku nak berubah demi kita. Demi kau. Aku nak ulangi semula kisah kita, nak bahagiakan kau seperti mana yang kau mahukan dulu. I want to rewrite our story and I need you to stay by my side. So please give me one more chance to fix everything. I will never ever break your heart again." Janjinya dan dia langsung melutut di hadapan Nadhrah yang sudah beria menahan esak tangisnya. 
          
          Sedaya upaya ditahan sebelum akhirnya pecah bilamana matanya menangkap sebentuk cincin yang diperlihatkan Daiyan dengan sekotak baldu merah. Nadhrah mengenali cincin emas putih yang pernah tersarung di jari manisnya dahulu.
          
          "Ya Allah Ian..." Rintihan Nadhrah mengisi suasana sepi mereka. Nadhrah menekup mulut dek tidak mahu tangisannya didengari. 
          
          

writerNaz

Assalammualaikum pembuka bicara, acewah selamat sejahtera kpd semua XD. Hari ni beta nak cit cet sikit dgn hampa smua, apa khabar nahh, sihat kah tu? Ceq kat sini tak brpe nak sihat, sakit otak sbb perah idea. Siapa yg asyik tanya bila nak update Mrs Daiyan tu, sabar lah eh. Hambo tgh gigih ni nak susun kosa kata ╥﹏╥, nak tecabut smua wayar dlm otak. 
          
          Hahhh okeylah dah pjg sgt ceq bebel ni, sbnrnya tujuan hambo muncui ni nak promote satu cerita. Dah nampak kan apa yg ada kat bwh ni...hahhh ni lah dia hasil karya dari seorang hamba Allah yg lagi cun melecun, lagi cakep dan comeyyy, ehhh bkn ceq nah! Ceq ckp pasal org lain ni! Walau sesiapa pun dia jgn lupa support nah (^v^). Hambo dah baca dah cerita ni, boleh tahan sedih jugak. Meleleh air mata hambo yg lebih berharga dari pitih ni  ͡° ͜ʖ ͡°
          
          Okey itu sahaja, sekiannnnn.
          
          P/s- jgn ditanya mahupun ditegur knpe naz ckp campur2 dah serupa org tak betul. Dah ckp kan tdi yg wayar dlm otak naz tgh tersimpul rapi.
          https://www.wattpad.com/story/287346888

writerNaz

@writerNaz sama2 kasih awaknyaaa. Borahae
Reply

aienfullsun

Terima kasih Naz ❤️❤️❤️
Reply