langit,
mendongak atas,
langit biru terbentang luas,
burung terbang bebas.
saat itu,
hati gusar terpujuk,
seolah-olah langit itu,
sedang memujuk.
jujur,
jiwa terasa tenang,
adakah perasaan ini benar?
tidak mustahil,
kerana Dia Maha Penyayang.
Dia sayang,
dan kamu,
teruskan berjuang
meski sulit, kamu mampu.
—syaf, 12:32AM.