PENGUMUMAN HIATUS
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua pembaca, penulisan Bidadari Milik Aryan (BMA) akan direhatkan buat sementara waktu. Hal ini kerana saya masih belum mempunyai idea yang jelas untuk menyambung jalan cerita seterusnya, dan saya tidak mahu meneruskan penulisan secara tergesa-gesa.
Hiatus ini diambil bagi memberi ruang untuk berfikir, mengumpul idea, dan memastikan jalan cerita BMA kekal berkualiti seperti yang diharapkan.
Terima kasih atas sokongan dan kesabaran semua pembaca. Insya-Allah, jika sudah ada ilham dan kesediaan, BMA akan kembali disambung.
Terima kasih
— Xavlneyz