Terima kasih kerana setia,
Sentiasa ada tika aku derita,
Pujuk untuk tidak terleka,
Jangan terpedaya dengan tipu helah dunia...
Aku sedih,
Kau suruh aku kuat,
Tahan segala rasa hati,
Biar tangan meluahkan.
Aku marah,
'tuhan kurniakan sebaik kalimah,
Untuk kau sebut tika marah,
Astaghfirullah.'
Itu kata kau.
Aku letih,
Kau beritahu aku untuk berehat,
Tapi hanya sebentar,
Kerana ummah masih perlukan aku.