yoongijuseyo_

Dah berapa abad doh aku tak update HAHAHAHAHAHAHAHAAH 

yoongijuseyo_

Ppai ppai sis akan hiatus buat selama-lamanya hihi! K gurau! Hm mungkin aku akan hiatus sampai aku habis spm ok. Jangan risau kalau aku ada masa aku update :) Bye, sis akan merindui kamu semua walaupun tiada siapa yang akan rindu sis. Ya udah gue pergi dulu, wish me luck for SPM!!
          
          Assalamualaikum Waramatullah Hiwabarakatuh! 

yoongijuseyo_

Sadly none of my family members remember my birthday :') 

707ssss

 Happy late birthday btw
الرد

yoongijuseyo_

Dear pencuri dompet aku,
          
          Apa macam best tak curi duit orang pastu boleh guna sesuka hati? Kau tau tak duit yang kau curi tu hasil peluh mak aku? Dia setiap hari bangun awal, jam 2 pagi untuk buat semua barang jualan dia, nasi lemak, susu kacang, kek, brownies, kuih lenggang dan banyak lagi weyh. Mak aku penat tahu cari duit tu untuk bagi aku dan adik adik aku makan! Kau tau tak kau punya perangai ni kan memang layak aku panggil sial. Ni la orang bilang kecik kecik taknak pi mati, dah besar menyusahkan orang. Kau tau tak, aku balik je dari sekolah, aku takut tau nak bagitau mak aku yang duit tu kena curi. Lepastu adik aku sakit nak kena bawa pi klinik then dia tanya aku 'mana duit untuk hari ni, mak nak guna untuk beli ubat adik'. Masa tu hanya allah yang tahu perasaan aku! Aku.. Aku terpaksa juga jujur dengan mak aku 'mak, du.. duit tu kena curi tadi masa kat sekolah' then mak aku sakit hati. MAK AKU STRESS TAHU TAK?! DIA KENA FIKIR PASAL ADIK AKU LAGI, PASAL UBAT LAGI, PASAL DUIT TU LAGI!! Aku kesian tahu tengok mak aku macam tu! Ya, pencuri you mess with wrong person. Kalau benda ni sudah melibatkan ibu bapa aku, aku tak akan pernah lepaskan kau. Kau ingat selepas apa yang kau buat ni kau boleh tenang? Kau boleh ketawa bersuka ria dan teruskan perbuatan kau ni? Tsktsktsk no bro. Ini bukan kali pertama kau buat macam ni. Rakan sekelas aku pun banyak yang kena. Hah ya, kau gunalah duit aku sekarang. Takpe, aku tak kasi halal juga duit yang kau guna tu. Aku harap semua yang kau beli tu semuanya buat kau sakit. Kau spend la duit hasil curi kau tu, nanti ready la juga ya merangkak membayar semua duit tu. Kau berani buat, berani tanggung. Kau ingat aku bodoh sangat ke nak lepaskan kau? Haha tak! Kau buat kerja, kau cuai tahu tak? Tempat tu ada banyak benda boleh buat aku tahu siapa pencuri. Aku kalau sudah berazam, aku tak akan pernah putus asa. Kau tunggu je la ye. Sekali aku dapat, aku tak akan lepaskan kau! 

yoongijuseyo_

@ongtae_kook kalau saya tak tangkap nanti makin menjadi jadi perangai dia
الرد

jmthinker

@yoongijuseyo_ Saya doakan agar awak tangkap dia cepat2 ! Baguslah awak dah dapat clue.
الرد

yoongijuseyo_

Aku penat dengar perkataan yang sama setiap hari. Apa yang aku buat semuanya salah di mata diorang. Aku buat baik, korang jadi buta tapi bila aku buat salah walau sikit mulalah mengutuk aku. Hah bagus sangatlah tu. Tahun ni dahlah aku SPM, kamu buat lagi aku stress. Betul aku cakap, tak lama aku depress sebab benda ni je. Aku tak minta banyak la kan, aku cuma mahu dipuji dan apa yang aku buat tu dihargai. Aku tahu aku bukan orang yang cemerlang dalam pendidikan tapi Sekurang-kurangnya aku masih ada niat untuk membuat kamu bangga dan balas segala jasa kamu masa aku besar nanti. Tolonglah faham keadaan aku, bukan aku sahaja yang perlu faham dan jaga perasaan kamu. :")