zayswanee

Aigoo macam mana eh orang pulun menaip?
          	
          	Kita ni idea ada. Tapi malas la pulak. Banyak benor distraction 

awan_awan

@wanehh_sa yg pulun tu mmg kita salute. yg mls2, slu distracted tu, kita raikan... sbb kita geng! hehe
Reply

zayswanee

Bila baca draft sendiri. Baru aku sedar sesuatu. Kenapa sarat sangat dengan emosi T^T
          
          Menyesal tak complete kan dulu. Kalau complete mesti jumpa happy ending. Kalau jumpa happy ending mesti ringan dada lepas baca.
          
          Bila tergantung ni rasa macam roh bergentayangan WARGHHHHHH

awan_awan

@wanehh_sa nmpk mcm pnjg prjlnan mgedit tu... hehe
Reply

zayswanee

@awan_awan HAHAHAAH itulah pasal. Pelan-pelan edit balik. At least sampai jumpa happy pun dah lega dah
Reply

awan_awan

@wanehh_sa hahaha seram pulak baca. msih draf kan, smpat lgi tu repair apa ptut.
Reply

LauraNaura8

zayswanee

@LauraNaura8 silaakannn! InshaAllahhh nanti mood membaca saya on saya singgah ya wakk. Btw teruskan berkarya! 
Reply

zayswanee

Nafas terasa berat ingin dihela. Bagai ada pekung yang memeluk rusuk. Rongga hidung terasa basah dan kering. Aku yakin sudah tersumbat dek menahan rasa yang selama ini aku halimunankan dari hati. Tapi, rupanya mata hati aku tak tertutup hijabnya. Hujung mata terasa basah, bocor sedikit meskipun aku tahan dari tadi supaya setitik pun air mata tidak dirembes keluar dari tubir mata.
          
          Saat ini aku tahu - Aku tak okay.
          
          Hati aku bagai retak menanti pecah kembali tapi aku tahan agar serpihan yang satu persatu hampir tercabut itu tidak jatuh. Risau nanti bila rentaknya makin teruk, mudah pula ia pecah kembali. Macam mana aku nak baiki? 
          
          Penat rupanya menipu diri. Akhirnya hati aku mempersoalkan bongkaknya diri aku saat itu.
          
          'Kata okay, tapi kenapa terasa?'
          
          'Kenapa berlagak tuli, padahal kau tak mahu pun kan?'
          
          'Kenapa sakit, sedangkan mulut kau berkata tidak kesah?'
          
          'Berpura-pura tidak endah ya kau? Sakit kan?'
          
          'Bukan ke dulu kata itu bukan impian kau? Kenapa... bila dah rasa mustahil untuk kau gapai, aku rasa berat?'
          
          Sesak!
          
          Aku tahu aksara sahaja tidak cukup untuk aku meluah.
          
          Mahu menangis tapi tak tahu untuk apa.
          
          Untuk meluah dengan kata-kata - jujur aku sudah mati dengan kebolehan itu.
          
          Terasa bagai beban. Jika kuluahkan makin mereka rasa terbeban. Maka aku... coba berpura-pura kuat.
          
          Kadang-kadang, aku terlupa macam mana nak menipu sambil tersenyum macam dulu :) 

zayswanee

Tajuk: 3in1 Ibu
          Penulis: me
          
          . 
          
          3 in 1
          
          Dulu, pernah sekali aku fikir 3in1 ni maksudnya apa? Yang aku faham, satu paket tu, kena kongsi 3 orang.
          
          Dan, ya memang itu yang aku amalkan bahkan sampai sekarang. Meskipun realitinya 3in1 itu maksudnya jelas sekali lain.
          
          Tapi, bila dah besar aku mulai faham kenapa.
          
          Dulu ibu selalu pesan,
          
          "Satu paket tu kongsi tau dengan kakak dan abang. Kalau adik nak, kongsi dengan adik juga." Kata-kata ibu usai sahaja balik dari kerja. Paket 3in1 yang terjulur keluar dari beg silang usangnya dikeluarkan. 
          
          Waktu tu, kami adik beradik akan bahagikan 1 paket air 3in1 itu ke dalam gelas masing-masing. Dan, kami dengan yakin tuang air sampai paras bibir gelas.
          
          Tawar?
          
          

zayswanee

@wanehh_sa 1
            
            Ya, tawar sangat. Tapi, sebab rasa teruja kan, bukan selalu dapat merasa. Itupun cukup buat kami tersenyum gembira.
            
            Habis satu gelas, kami minta lagi satu paket untuk buat baru.
            
            Tapi ibu kata, "Tak boleh minum banyak-banyak. Manis."
            
            Manis ke? Hmm... tawar paling ketara aku rasa.
            
            Tapi kami minta ibu untuk bawa pulang lagi paket 3in1 itu. Ibu hanya balas dengan senyum.
            
            Bila fikir balik...
            
            Ada betul apa ibu bagitau. Budak-budak mana elok minum air manis. Kawan aku kata dulu, kalau budak-budak minum air manis nanti jadi hyper!
            
            Tapi... Makin menginjak usia dewasa, aku rasa aku faham kenapa.
            
            .
            .
            .
            
            Waktu itu... sebenarnya kami tak mampu.
            
            Waktu itu untuk dapatkan 1 paket air 3in1 susah bagi ibu. Walhal, dia sendiri pun terpaksa meneguk liur sebdiri, memberi kami rasa nikmat minuman itu.
            
            Dan, sampai sekarang aku masih memerhati sikap ibu. Ternyata, sekarang kami juga tidak mampu. Cuma, untuk beberapa hal, tiada lagi yang kami perlu berkongsi. Tapi sikap mementingkan kami dari kehendaknya sendiri melekat jadi tabiat.
            
            Ibu.
            
            Anakmu ini berjanji, suatu hari ibu akan mampu. Untuk semua perihal yang ibu dahulukan kami, ibu yang akan jadi yang pertama. Bukan sisa yang kau terima. Tapi semua.
            
            Terima kasih, ibu.
            Maaf andai anak ini lambat tersedar.
            Maaf anak ini lambat berjaya.
            Tapi anak ini berjanji yang satu hari kita akan mampu.
            
            Selamat hari ibu, ibu!
            
            Ibu: hari-hari hari ibu nak 
Reply

awan_awan

@wanehh_sa ooo exam la pulakkk... so, dkt nk exam, kna la baca bku2 skola nmpknya hehe buku2 lain boleh tgu trmsuk la buku2 awan kui3.
            
            smga lulus dgn warna2 terbang dlm exam nti!! 
Reply

zayswanee

Nak baca novell T-T

zayswanee

@awan_awan alaaa masa pbakl tu saya examm huhuuu~
            
            Nak baca sangat bukuu tapi tu la tak sempat masa lagi. InshaAllahhh nanti cuti sem saya baca buku akak tauuu. Banyak lagi saya tak sempat habiskan harituu
Reply

zayswanee

@mairina_z nak baca tapi takde masa lagi. InshaAllah nanti cuti sem saya singgah kehh. Update banyak-banyak tauu nanti saya spam komenn
Reply

awan_awan

@wanehh_sa pbakl dh xlama lgi. bole borong novel kt sna. alang2 nk baca tu, bole la tolg komen cerita awn - diari - kalau sudi
Reply