ziyanaiaqilla

Hai semua!!
          	
          	Guess what is brewing!! 
          	
          	
          	
          	'Awangku Aidel Kazran melemparkan pandangannya dari balkoni kapal layar persendirian yang sedang berlabuh di tengah-tengah perairan Laut Cina Selatan. Kelihatan ombak-ombak kecil memukul lembut sisi kapal sepanjang 40 kaki itu. Di dek bawah, terdengar keriuhan gelak tawa diselangi dengan iringan muzik EDM. Aidel tahu di saat itu semua rakan-rakan yang telah dijemput menghadiri majlis perpisahannya pada hari itu sedang menikmati masa mereka di atas kapal layar milik Pengiran Nazir Kazran itu.'
          	
          	Aidel akan kembali, berwajah baru, dengan tajuk yang baru, dengan susun atur plot yang juga terbaru! 
          	
          	

missfaa_

Hi, review boleh? Terima kasih. 
          
          "Betul ke Irdina yang bagi? Kenapa kau simpan bunga ni sampai sekarang?"
          
          Aisyah menunduk, rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. "Ya, dia bagi dua tahun lepas."
          
          Renungan tajam lelaki itu membuatkan Aisyah langsung tak memandang wajah si suami. Terasa sunyi sepi di sekelilingnya. Hanya deruan nafas sahaja menjadi peneman untuk Aisyah pada ketika ini. 
          
          "Okey, tak apa. Aku ingatkan si budak bodoh tu yang bagi kau bunga. Bagus lah kalau simpan hadiah yang orang bagi," ujar Hanif. 
          
          Wajah lelaki itu mendekat. Aisyah diam di posisi, sepenuh hati berusaha menahan getaran dalam dirinya. Sepasang mata Hanif tetap tidak beralih memandangnya, seolah meneliti setiap gerak-geri Aisyah. 
          
          "Kalau aku dapat tahu kau tipu aku, memang mati aku kerjakan kau," ujar Hanif, nada suaranya tenang.
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create_preview&wp_uname=missfaa_

ziyanaiaqilla

Hai semua!!
          
          Guess what is brewing!! 
          
          
          
          'Awangku Aidel Kazran melemparkan pandangannya dari balkoni kapal layar persendirian yang sedang berlabuh di tengah-tengah perairan Laut Cina Selatan. Kelihatan ombak-ombak kecil memukul lembut sisi kapal sepanjang 40 kaki itu. Di dek bawah, terdengar keriuhan gelak tawa diselangi dengan iringan muzik EDM. Aidel tahu di saat itu semua rakan-rakan yang telah dijemput menghadiri majlis perpisahannya pada hari itu sedang menikmati masa mereka di atas kapal layar milik Pengiran Nazir Kazran itu.'
          
          Aidel akan kembali, berwajah baru, dengan tajuk yang baru, dengan susun atur plot yang juga terbaru! 
          
          

ziyanaiaqilla

Hai semua!
          
          Saja nak update, dalam tengah menulis Bukan Lelaki Teragung, saya pun sebenarnya tengah dalam proses menyusun atur semula dan mengedit jalan cerita Sehangat Bisikan Asmara. Bila fikir dan baca balik, ada kekurangan dari segi plot dan juga flow jalan cerita yang saya terlepas pandang sepanjang proses menulis. Jadi nanti bila Sehangat Bisikan Asmara tu kembali lagi, saya akan tampilkan plot yang lebih padat dengan jalan cerita yang lagiiii menarik. Cuma harap bersabar lah ya. 
          
          Terima kasih atas sokangan berterusan anda di sepanjang proses penulisan yang sekarang penuh onak duri dan "writer's block". 
          
          

ziyanaiaqilla

Hai semua! Sorry lama menghilang sekejap. Tengah sedaya upaya mencari inspirasi dan motivasi untuk menulis lepas kejadian Sehangat Bisikan Asmara kena take down. Tapi takpe, sementara nak rewrite semula keseluruhan novel tu bagi dia lebih best untuk dibaca, bolehlah baca penulisan "palette cleanser" baru saya. 
          
          Terbaru, CIKLET: BUKAN LELAKI TERAGUNG. Boleh check kat profile saya ya. Ongoing. 
          
          Terima kasih atas sokongan anda semua. Kerana anda semua saya masih menulis! 

ziyanaiaqilla

Hai semua! Memandangkan Sehangat Bisikan Asmara dah kena take down, saya akan ambil masa untuk edit semula keseluruhan novel tu, dan hopefully uncut upgraded version akan diterbitkan dalam ebook. Kalau ada yang berminat nak baca version terbaru bolehlah komen kat sini so saya tahu nak announce bila release nanti. Minta maaf kepada semua yg selama ni tunggu je update. Saya pun terkilan sebab dalam draft dah hampir ke penghujung cerita dah pun. 
          
          So dengan ini, saya akan launch satu lagi novel baru. Kali ni only vanilla punya jalan cerita. Harap2 semua akan setia terus menyokong saya. Terima kasih semua! 

sera977

Saya mwnunggu!
Reply

ziyanaiaqilla

Hai guys. 
          
          Dengan dukacitanya, saya bagitau yang Sehangat Bisikan Asmara telah diremove dari wattpad :( saya pun tak sempat nak copy latest update into hardcopy. Nampak gayanya, saya kena cari dan tulis semula dan publish into ebook soon. Rasa sedih sangat sebab dah setahun working on the story pastu tiba-tiba kena take down. 
          
          Anyway, akan diusahakan lagi untuk update Sehangat Bisikan Asmara soon. BRB nak nanges

sera977

Alaa sedihhh napw kena take downn
Reply