01 爱 : Near The Future

174 20 31
                                    

𝕓𝕒𝕓𝕪 𝕓𝕣𝕠𝕤𝕜𝕚𝕖 ‹⌇❬ ⸙: ✰❛ 𝙘𝙖𝙩𝙨𝙪; ❀❜ ❭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝕓𝕒𝕓𝕪 𝕓𝕣𝕠𝕤𝕜𝕚𝕖 ‹⌇
❬ ⸙: ✰❛ 𝙘𝙖𝙩𝙨𝙪; ❀❜ ❭

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ You were destined for the glory,
the honor and the fame.
I was destined for the bullet,
to be the gun with no name. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 261120
Complete Editing 301220
Published On 301220

───♡─────────────
CHAPTER ONE
〝 Near The Future 〞
───♡─────────────

    "Maya! Maya! Maya!"

    Jeritan sokongan kedengaran dari mana-mana arah. Si pemilik nama menelan air liur kelat, tidak mempercayai bahawa dia sedang rasa gementar dengan apa sahaja yang akan berlaku selepas ini. Semakin kuat suara penonton bergema, semakin laju jantungnya berdegup di sebalik sangkar rusuk.

    Lupdup, lupdup, lupdup.

    "Maya! Maya! Maya! Maya!"

    Nama cantik itu, sama cantik seperti wajahnya yang sering menjadi titik kesalahfahaman orang lain tentang sikapnya yang sebenar. Si dia mempunyai kulit yang putih pucat, sering dianggap anemia oleh guru Biologi di sekolah dulu. Bulu matanya halus dan pendek, cantik sekali terbentuk mengikut lekuk mata yang sering menjadi bahan oleh pelajar lelaki sewaktu di kelas. Wajah si dia ini kecil, dan pipinya sedikit tembam. Bukan dia tidak bersyukur, namun kerana apa yang dia ada sekarang, orang sering mengganggap dia lembut. Seorang gadis yang lemah.

    Maya...

    Personalitinya sama misteri dengan nama yang diberikan. Dia cantik. Namun cantiknya jenis yang bahaya.

    Maya...

    Dia sendiri tidak dapat mengira jumlah lelaki yang telah dia tumpaskan sendirian. Terutama yang cuba mengacau dan mengolok-olok. Mangsa pertamanya adalah pada umur enam tahun. Patah tulang tangan dan dengarnya sehingga ke hari ini dapat menggunakan anggota kiri sahaja.

    Maya...

    Dia muda. Dia seorang gadis yang kuat. Jiwanya kental dan keras umpama berlian. Maya boleh berlawan. Maya boleh mempertahankan diri. Maya boleh berdikari.

    Ya, Maya boleh.

    Si gadis membunyikan lidahnya apabila sang lawan muncul di hadapan. Berdiri dengan begitu megah berlengkapkan dengan senyuman sinisnya. Maya menggulingkan bebola mata ke atas, rasa sedikit jengkel kerana perlu berlawan dengan orang yang dia label sebagai menjijikkan.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love ♡Where stories live. Discover now