47 爱 : Awkward, Silence

23 11 0
                                    

𝕓𝕒𝕓𝕪 𝕓𝕣𝕠𝕤𝕜𝕚𝕖 ‹⌇❬ ⸙: ✰❛ 𝙘𝙖𝙩𝙨𝙪; ❀❜ ❭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝕓𝕒𝕓𝕪 𝕓𝕣𝕠𝕤𝕜𝕚𝕖 ‹⌇
❬ ⸙: ✰❛ 𝙘𝙖𝙩𝙨𝙪; ❀❜ ❭

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ You were destined for the glory,
the honor and the fame.
I was destined for the bullet,
to be the gun with no name. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 070421
Complete Editing 200521
Published On 220521

───♡─────────────
CHAPTER FORTY SEVEN
〝 Awkward, Silence 〞
───♡─────────────

    Maya.

    Liu Maya. Alex dan ejen Lupin.

    Kim Taehyung.

    Tiga nama yang menjadi perbualan hangat di akademi keesokan harinya. Sebelum keluar dari dorm pun, Maya sudah dapat menyangka hal itu akan berlaku. Semasa bersiap untuk ke kelas, Maya memastikan bahawa dirinya benar-benar 'tertutup'. Dia pakai topi, pelitup muka dan juga cermin mata bulat tidak berkanta. Topi yang dipakai, ditarik ke bawah sehingga hampir tidak nampak bahagian dahinya.

    Betul-betul malu dia jadi pusat perhatian. Dia meminta tolong Hanna dan Henson untuk berjalan di tepinya. Seorang di sebelah kanan, seorang di sebelah kiri kerana dia rasa tidak selamat. Bukan apa, eee, bencilah. Benci!

    Dia tak pasti siapa yang patut dimarahi lebih. Alex, ataupun ejen Lupin. Apa yang penting, dua-dua salah!

    Menyusahkan hidupnya saja dalam masa terdekat ini sehinggalah gosip panas pelajar lain beransur-ansur hilang.

    Menuju ke kelas Puan Aurora, Maya memasang wajah beku di sebalik pelitup mukanya. Tahu memang tak ada orang boleh nampak dengan jelas reaksinya, tapi dia mahu aura geram dan tegasnya dapat dirasa oleh sesiapa sahaja yang memandang. Dia mahu orang lain tahu dia marah. Hah, marah!

    Maya tak faham kenapa dan mengapa dua orang manusia itu semalam bertindak duduk secara tiba-tiba di tempat yang dikongsinya bersama Hanna, Henson. Minta kebenaran tak ada, lepastu, minta maaf pun tak ada! Aishshshhdhsuehdhsshsshsh

    Sejak semalam lagi sebenarnya Maya tidak berhenti mencarut di dalam hati. Dia tahu kesan yang bakal ditanggung olehnya nanti. Sudahlah dia tak bersalah...terpaksa jadi bahan mulut orang pula.

    Ei, gila betullah.

    Maya mengangkat muka. Langkah kaki masih lancar menuju ke kelas CSTA Puan Aurora di tempat biasa. Sebagai langkah pencegahan tambahan, dia meminjam fon telinga milik Hanna. Ini bagi menghalang suara-suara sumbang masuk ke telinga. Memang berkesan. Dia juga turut berharap yang Hanna ada kaca mata berwarna hitam, tapi sayang, apa yang ada hanyalah kaca mata putih tidak berkanta. Memandangkan itu sahaja yang dihulurkan oleh Hanna, dan Maya pun masih serabut, dia ambil sajalah. Tadi dia tak tahu sama ada kaca mata tersebut akan berguna ataupun tidak. Sekarang, dia dah tahu.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love ♡Where stories live. Discover now