Pada hari yang mendung dan menyedihkan keenam saudara elemental dan kawan² mereka kehilangan seorang lagi kawan yang berharga.
Sekarang mereka semua berada di rumah Elemantal Brother.
Masing² hanya diam membisu.
Semestinya orang yang paling sedih ialah Blaze kerana dia yang paling rapat dengan Gopal.
"Kenapa? " Blaze menundukkan kepalanya sambil menggenggam kedua tangannya.
Semua memandang Blaze dengan wajah sayu.
"Blaze..." Tidak ada apa yang mereka mampu buat.
Blaze dengan marah menghentak meja di depannya lalu berlari memasuki biliknya.
Dapat di dengar bunyi barang² pecah.
Semua hanya mampu pasrah.
Jika Blaze sudah mengamuk diam ialah jalan penyelesaian, kalau mereka cuba hentikan pasti mereka akan jadi mangsa amarah Blaze.
Cuma perlu tunggu sehingga dia tenang dengan sendiri.
"Ceh, bangsat tak guna"-Fang
"Kenapa asyik kita jadi sasaran?! Ish, kalau aku jumpa babi sesat jahanam tu sumpah aku patah²kan tulang leher dia sampai tercabut!!! "Semua memandang takut pada Taufan yang sedang mencarut tak henti² itu.
"Aku rasa dah tiba masa kita untuk cari sapa yang berani buat semua ni, kalau terus harapkan polis entah sampai kita semua mati pun belum tentu kes ni tamat" -Solar
"Hmm, aku setuju "-Halilintar
"Ice kenapa dari tadi senyap je?" semua mata memandang Ice.
Ice hanya diam dan menundukkan kepalanya.
"Aku masuk bilik dulu boleh? Penat" Ice berdiri dan meninggalkan mereka.
"Kenapa dengan Ice dia sakit ke? "-Yaya
"Ya lo, dari tadi diam saja... "-Ying
"Entah lah"-Thorn
"Hmm, apa² jelah... Kita orang balik dulu"-Fang
"Ok, hati² jangan sampai esok terjumpa dekat depan perkuburan lagi" Kata² sinis Taufan itu membuatkan mereka meremang.
"Seram juga kau ni, dah lah" Fang, Ying dan Yaya pun pulang ke rumah masing².
Keesokan harinya ~
Seawal pagi Blaze sudah keluar dari rumah untuk berjalan jalan. Dia perlu lakukan sesuatu untuk melupakan kejadian semalam.
Dia memandang sekeliling taman bunga tiada seorang pun orang yang berada disitu melainkan dirinya.
Mungkin dia datang terlebih awal.
Blaze duduk di sebuah bangku.
Tiba² matanya terpandang seseorang yang agak familiar sedang duduk di satu buaian di taman permainan.
"Glacier? " Blaze terus menerus memandang Glacier yang duduk sambil memandang langit.
Blaze perlahan mendekati Glacier dan duduk di buaian di tepi nya.
Glacier yang merasakan kehadiran seseorang terus memandang Blaze dan memberikan senyuman manis.
"Kau buat apa sini sorang²?" -Blaze
"Saja, ambil angin "-Glacier
"Oh, "- Blaze
Keadaan pun senyap semula menyebabkan Blaze kurang selesa.
Bibirnya di gigit kecil untuk menahan rasa janggal itu.
"Aku terdengar pasal kawan kau semalam " Blaze sedikit tersentak mendengar kata² itu.
Kepalanya menunduk memandang tanah.
"Hmm"-Blaze
Glacier memandang Blaze di sebelahnya.
"Maaf, tak bermaksud nak sakitkan hati kau... Tapi kalau kau nak luah apa² kau boleh cakap dengan aku " Blaze mengangkat semula kepalanya.
Glacier tersenyum sangat ikhlas membuatkan hatinya terasa tenang dan hangat.
"Nak tau tak? Senyuman, muka, suara, cara dan perangai kau mengingat kan aku pada arwah abang aku" - Blaze
"ha? " Dahi Glacier berkerut.
Blaze yang melihat perangai Glacier menyebabkan dia tertawa kecil.
"Lawak lah kau ni! Nak tak kita jadi kawan! " Blaze memandang Glacier dengan muka yang teruja.
Glacier tersenyum dan mengangguk setuju.
TBC
Hmm, dah jarang Ain Update 😩.
Sorry semua...
Apa² pun korang rasa sapa pelaku yang bunuh Gopal ye 😫
Saksikan di bab seterusnya!!!
YOU ARE READING
Do Not Go
خيال (فانتازيا)Hilang seseorang yang sangat disayangi bukan mudah untuk melupakan kenangan manis yang pernah ditinggalkan bersama. Hari berganti hari masa bergerak semakin pantas memori yang lama masih tertanam segar dalam ingatan. 'dia' kembali untuk membalas den...