𝙙 ; sepuluh

183 34 6
                                    

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

"Lama lagi ke ?"

" kejap lagi la ni."

Senyap.

"Lama lagi ke ?"

"Danish lagi sekali kau tanya haku humban kau dalam sungai ni."

Danish tersengih macam kerang separuh masak bila Ikhwan jeling dia dengan pandangan maut. Danish taknak jadi ikan duyung dalam sungai ni, nanti nak kahwin macam mana ?

"Shua dapat ke ?" soal Hanif sambil menguap. Pancingnya yang diikat pada batang penyapu pastu dicucuk dalam tanah dipandang. Dah 10 minit masih takde tanda-tanda yang ikan nak makan umpan dia.

Sedap apa umpan dia, roti burger mekdi yang tak habis semalam. Bukan kaleng-kaleng tau umpan dia harini.

Joshua menggeleng dan turut menguap.

"Ikhwan kau je la yang jadi umpan. Mesti banyak ikan nak." Joshua mengangkat kening dan pandang Ikhwan yang terkejut.

"Sampai hati bang Shua nak jadikan saya umpan ikan ?" Ikhwan memegang dadanya sebak, sakitnya tuh disini.

Joshua, Hanif dan Danish tergelak besar.

"Mana Asyraf ?"

"Tuuuuu" mulut Ikhwan dimuncungkan ke arah khemah merah yang tidak jauh dari tempat mereka memancing.

"Dia dah selamat ke alam mimpi."

"Eh bang Wan dengan bang Paan? Datang jugak ingatkan nak duduk rumah je." balas Danish, terkejut sebab nampak 2 orang abang dia yang paling rajin nak duduk rumah tiba-tiba membuat epic appearance kat tepi pantai ni.

Mesti dapat hidayah di tengah hari ni.

" Paan taknak masak, tu yang aku lari sini." jawab Safuan lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Joshua.

" Apa aku pulak, dia yang beria kata nak masak pastu tetiba majuk elemek. Dah tua pun mau merajuk."

Farhan rolling eyes. Dia bernyanyi sambil membaling batu-batu kecil ke dalam sungai lalu keluar jin air bertanyakan kapak yang manakah kepunyaan Farhan lalu Farhan menjawab dia tak baling kapak-tibah.

"Mana budak-budak yang lain ni ?" soal Farhan bila dia tak nampak pun bayang kawan dia yang lain melompat-lompat kat sini.

"Diorang semua pergi pasar, nak beli ikan dengan ayam sebab takut kitorang tak dapat apa-apa hasil hari ni." balas Joshua, dia angkat pancingnya pasrah.

Joshua Hong out ! Nampaknya Joshua dah gibap nak menunggu ikan yang tak muncul-muncul bagai menunggu kereta terbang lalu.

"Eh bang Shua dah surrender ?" soal Safuan. Baru nak kacau Joshua memancing aigoo.

" Tak nampak pun bayang ekor ikan, dah lama tunggu ni. Dah la anak-anak, kita tunggu budak-budak ni balik je la." Joshua terus duduk di atas batu berhampiran dan mengeluh.

Maka Hanif, Ikhwan dan Danish yang gigih memerah keringat mereka pun turut serta mengalah dalam acara memancing. Umpan dibuka, dan pancing diletakkan di suatu tempat khas.

"Dah alang-alang semua gibap tu, AJUMM LA KITA TERJUN ! " Safuan menarik Hanif yang berdekatan dengannya lalu terjun ke dalam air.

"TIDAKKKKK !" Hanif menggelabah alabila dia menjadi mangsa Safuan untuk terjun dalam sungai. Hanif menepuk air ganas ke arah Safuan yang tengah syok gelakkan dia.

"Hambek, hambek derhaka ini anak !"

"Woi meh la terjun sekali elemek, taulah rumah dah ada swimming pool." jerit Safuan kepada sepupunya yang masih berada di atas.

Mereka berempat saling berpandangan sebelum turut terjun ke dalam sungai ala-ala pandalela rinong.

# m e a n w h i l e . . . .

"WOHOOOO !"

"BANG ANEP JANGAN TEMBAK-TEMBAK AIR KAT ORANG !"

"Dah kenapa budak-budak tu ?" soal Syarul pelik.

Mana ada orang memancing riuh tinggi macam tu, bukan setakat ikan yang lari nanti tapi budak yang datang nak mandi sungai pun takut sebab ingatkan orang gila mana terlepas ni.

"Diorang terjun sungai ke ?" teka Mikail. Dia dan Amin segera berlari ke arah sungai untuk meninjau, fuh ayat gue.

Syarul memandang sepupunya yang lain lalu turut berjalan ke arah sungai dengan makanan yang baru mereka beli tadi. Katanya malam ni nak buat barbeque, jad macam-macam diorang beli ni ha.

" Eh bang Shua ? Dah dapat tangkap ikan ke ?" soal Wahid.

Joshua mengangguk pantas lalu tersengih lebar.

"Mana ikannya ?" Wahid mencari lokasi terletakknya ikan yang Joshua tangkap tadi.

"Tu, yang korang beli tu. " jari telunjuk Joshu ditudingkan ke arah plastik ikan yang dipegang oleh Arif dan Mikail. Wahid pula hanya seen Joshua sebab dah tipu dia.

"Ni mesti bang Anep yang ajar bang shua kenakan orang, kan ?" soal Hasif, tergelak.

"Eh mesti." Hanif tersengih bangga.

"Ha, apalagi pergi la siang ikan tu. Kata nak buat babiyque ?"

"Barbeque, Ikhwan. Bukan babi." Mikail membetulkan sebutan Ikhwan. Tacod dia dengar dan Ikhwan menggosok belakang tengkuknya malu lalu menyelam ke dasar hati readers, chia.

"Habis korang ?" soal Hasif.

"KITORANG PESTA WOHOOOO ! " Farhan dan Danish menjerit riang dan sambung aktiviti berenanh mereka yang tergendala.

Sabar eh, member memang camni.

🐋

𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴. Where stories live. Discover now