T I P S

266 30 11
                                    

ainnqistina

Ini atas permintaan dia untuk bagi tips macam mana saya buat cover saya. So, saya akan sharekan tips berpandukan gaya saya.

Oklah, jujur saya cakap saya memang tak minat seni langsung n saya bukan jenis kreatif orangnya. Saya hanya minat bidang fotografi kalau bab kesenian tu.

Yang lain memang hancuss.

Saya sangat jeles dengan orang kreatif sebenarnya. Sebab dia pakai font biasa pun cover dia jadi cantik tauu. Huwaaaa.

So, inilah tips yang selalu saya gunakan:

1. Kekemasan.

Saya lebih sukakan kekemasan berbanding kecantikan. Sebab bila kita nampak kemas sekaligus kita akan nampak cantik. Betul kan?

Sebab tu gaya cover saya semua sama dekat bawah, nama penulis dekat atas. Certain je tajuknya saya letak atas.

So, untuk nampak kemas, saya elakkan penggunaan tulisan berangkai. Kalau ada pun, satu je saya letak supaya tidak terlalu nampak kaku.

Font yang selalu saya guna:
- Cinzel
- Lemonmilk
- Momcake
- Bebasneue
- Edition
- Cinematografica
- Adelia
- Silverstone
- Nicholia

Boleh download dekat dafont.com. Selain font ni, korang boleh juga download font yang cantik-cantik dekat sana. Free je tau! Tapi sebelum tu, kena ada apps phonto dulu.

Bila dah download font, pergi dekat notification bar then tekan nama font tu.

2. Penggunaan font dan warna.

Disebabkan saya tak kreatif, jadi saya kenalah download font yang cantik-cantik. Jadi, yang menonjol tu font tulah bukan orang yang membuatnya. Hahahaa.

So, kena pandai pilih font tau.

Font tu pula jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sedang-sedanglah. Buat size yang sedap mata memandang.

Seelok-eloknya pastikanlah font tu dekat center ya.

Untuk warna pula, pastikan warna font tu kontra dengan warna latar belakang dia. Kalau latar belakang dia hitam, font awak hitam, awak nak suruh readers baca apa?

Kebiasaannya untuk font saya akan pakai warna putih, texture gold dan silver, merah, baby blue dan hitam. Gabungan warnanya pun jadi cantik.

Untuk texture tu, awak search je kat google texture gold atau texture silver. Pilih mana yang suka. Kat Pinterest pun ada.

3. Apps yang digunakan.

Untuk cari gambar:
- Pinterest

Untuk dapatkan font yang cantik:
- Phonto

Untuk editing:
- Picsart

Untuk buat cover lebih advance:
- Pixellab

Apps ni yang biasanya saya guna. Tapi untuk beginner, saya galakkan guna phonto dulu baru guna pixellab. Sebab guna pixellab ni pening sikit and agak terkial-kial time mula-mula guna.

Lepas awak dah asah bakat awak, dah selesa untuk mengedit n nak cantikkan lagi cover awak tu haaa baru boleh guna pixellab.

Saya tiba-tiba dapat idea... Kalau saya nak buat grup whatsapp atau telegram untuk cover designer or graphic designer ada yang nak join tak? Tak kisahlah beginner ke amatur ke.

Tapi saya buat grup ni bukan sebagai kelas tau. Hahahaa saya masih tak banyak ilmu. Saya buat grup ni untuk bincangkan cover yang telah dibuat. Like minta pendapat masing-masing n mana tahu dapat cantikkan lagi cover tu.

Korang kan selalu masuk cover contest. Boleh minta kami nilai dulu cover awak tu sebelum awak send. Boleh juga share font yang cantik ke atau gambar-gambar yang menarik.

Ada yang nak tak? Kalau nak, korang prefer whatsapp atau telegram?

Meow Covershop✅Where stories live. Discover now