"Yah bangun! Jung Yaera!"dagu gadis itu dicengkamnya sambil digoyang sebanyak mungkin untuk membuatkan gadis itu terjaga dari pengsannya. Gadis yang tangan serta kakinya sudah diikat itu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk terjaga
"Jangan sentuh anak aku!"wanita yang turut diikat itu akhirnya menggertak lelaki itu
"Kau diam!"
"Aku menyesal kahwin dengan kau! Kau tak berhati perut!"
Lelaki itu mengalihkan perhatian kepada wanita itu pula
"Kau tak payah nak acah baik sangat. Kau bukan pernah layan dia dengan baik pun"kepala wanita itu ditolaknya
"Tu semua sebab kau! Kau yang suruh aku buat macam tu! Kalau tak disebabkan kau,aku dengan Yaera dah hidup bahagia!"
Pipi wanita itu ditampar oleh lelaki itu merangkap ayah kandung Nayoon serta ayah tiri Yaera
"Appa!"Nayoon yang sememangnya sudah sedar dari pingsannya akhirnya menjerit ketakutan
"Yah!"Yaera sudah tiada hormat terhadap lelaki itu. Perangai ayah tirinya itu sudah tidak masuk akal lagi. Sebenarnya tindakan lelaki itu sudah membuatkan dia sedar tapi dia sengaja berpura-pura
"Korang anak beranak sama je!"
"Baguslah kalau kitaorang sama macam omma! Daripada sama dengan appa! Appa pun macam manusia bertopeng syaitan!"Nayoon hanya menggertak ayahnya tanpa berfikir nasibnya selepas ini. Dia geram setelah dia hanya mampu mendiamkan diri dan mengikut sahaja langkah ayahnya yang seperti orang yang kehilangan akalnya itu
"Kau memang nak kena!"rambut gadis yang seolah-olah berani itu ditarik sekuat-kuatnya tanpa perasaan. Tiada sifat belas kasihan langsung dimatanya walaupun dengan darah dagingnya sendiri
💐💐💐
"Maafkan saya tapi barah otak yang dia alami sudah ditahap 4. Kemungkinan dia tidak dapat diselamatkan lagi"doktor yang ditugaskan untuk merawat Raemi itu menepuk perlahan bahu Yeonjun
"N-nae? T-tapi dia- Erm doktor,boleh saya lawat dia?"
"Boleh tapi tolong jangan bising"dengan persetujuan doktor itu, Yeonjun terus membuka pintu wad Raemi
"Yah Hwang Raemi,kenapa kau tak pernah bagitahu aku pasal ni? Yaera pun. Kenapa"masuk sahaja wad itu,Yeonjun terus duduk dikerusi sebelah katil sambil memegang erat tangan gadis itu sambil menitiskan air matanya
"M-mian"
"Tak. Kau tak payah minta maaf. Aku salah. Aku tak patut cakap macam-macam pasal kau sedangkan aku tak tau penyakit kau. Macam mana kau terseksa sorang-sorang tanpa keluarga yang ambil berat tentang kau"mata gadis itu turut menakung beban air mata sambil mendengar pemohonan maaf lelaki itu
"Aniya. Kau tak salah. Aku tak bagitau kau jadi kau tak tau apa-apa"gadis itu mengesat air mata lelaki itu. Lelaki itu sudah sebak melihat sahabat yang dianggap seperti keluarganya sendiri sudah menahan beban sendiri dan itu menunjukkan betapa kuatnya gadis itu
"Kejap eh. Aku angkat call dulu"lelaki itu terus keluar dari wad tersebut apabila gadis itu sudah mengangguk
"Hyung ok? Ah nak kitaorang panggil Soobin hyung sekali?"
"Tak payah,Gyu. Korang pergi ikut Soobin. Aera kena culik jadi korang tolonglah apa yang patut"
"Arraseo hyung"
YOU ARE READING
Colours ||Choi Soobin||
Teen Fiction||Complete|| "Yaera,kenapa pakai baju kuning? Kan aku dah cakap pakai baju biru" "Ah.. A-aku terlupa.. Mian" "Gwenchana" ... Layakkah seorang yang buta warna untuk merasai alam percintaannya sendiri? - - - - - - Start:1/9/2020 End:20/1/2021