"Aera,bila nak sedar ni? Dah dua jam kau kaku dekat sini. Bangunlah. Teman aku"Soobin yang berada ditempat duduk sebelah Yaera itu memaut tangan gadis itu seeratnya
"Aera,tolonglah. Jangan cakap yang mulut kita masin. Aku tak nak tengok kau koma"lelaki itu teringat akan gurauannya terhadap gadis itu ketika Yaera pingsan dan dibawa ke bilik rawatan
Tiba-tiba gadis itu mencelikkan matanya serta jari jemarinya bergerak-gerak
"Aera!"tanpa ragu-ragu lelaki itu langsung mendakap tubuh kecil gadis itu
"Erm awak siapa?"soalan gadis itu cukup membuatkan Soobin meleraikan pelukan
"Nae?"
"Hahahahah aku gurau lah"Yaera lantas tergelak kecil melihat reaksi lelaki itu. Entah bagaimana lelaki itu boleh mempercayainya sedangkan sudah terang laki bersuluh yang lukanya berada diperut bukannya dikepala
"Ish kau ni! Dahlah aku nak panggil doktor"
💐💐💐💐
Selama doktor masuk ke dalam wad Yaera,Soobin hanya duduk dikerusi berdekatan dengan wad itu
"Haih Aera"Soobin meraup mukanya tanda kesal. Dia menyesal bersetuju dengan permintaan gadis itu apabila dia ingin pindah masuk kedalam rumah Yerin dan kawannya tapi keadaan mungkin masih sama kerana Yaera juga pernah diculik sewaktu serumah dengannya
"Soobin? Awak orang terdekat dengan Yaera buat masa sekarang kan?"pegawai polis yang bernama Lee Minho itu menyapa lelaki yang sedang duduk didepan wad Yaera itu
"Nae. Kakak sedara dia dalam perjalanan "Soobin mengerling pegawai yang berada dibelakang Minho itu. Pegawai polis Han Jisung itu masih setia dibelakang sahabatnya itu
"Ouhh. Sebenarnya saya nak bincangkan berkenaan Kim Yoohyung tu"pegawai itu turut duduk disebelah Soobin supaya perbualan mereka lebih selesa
"Kenapa dengan dia?"secara nak taknak sahaja lelaki itu menyoal soal itu
"Sebenarnya sebelum dia pergi ke gudang tu,dia telah melanggar seseorang. Kami dapat tau yang sebenarnya Yaera dan mangsa tu berhubungan rapat"terang Jisung yang masih berdiri tegak disitu
"Kemalangan? Siapa pulak?"
"Nama dia Hwang Raemi. Dia kawan sekolah Yaera,kan?"Minho hanya memerhati sahaja Soobin yang segera bangun dari tempatnya. Semestinya lelaki itu akan memberi reaksi sebegitu. Siapa je yang akan tenang tatkala kawan sendiri dalam keadaan yang teruk
Soobin langsung masuk kedalam wad Yaera untuk mengambil telefonnya. Yaera yang sedang termenung jauh setelah doktor dan jururawat pergi dari biliknya terkejut melihat lelaki yang tergesa-gesa itu
"Soobin,nak pergi mana?"
"Aaaaa ah Aera ah"lelaki itu menjawap soalan soalannya dengan perasaan tak senang. Matanya memandang sekeliling dengan kekok
"Cakaplah. Kau nak pergi mana?"
"Ermm aku nak jalan-jalan"sudah semestinya dia perlu menipu. Yaera pasti akan mengikutnya sekiranya dia memberitahu hal yang sebenar
"Nak ikut!"permintaan gadis itu langsung membuatkan lelaki runsing memikirkan jawapan
"Aaaaa tak paya-"
"Soobin ssi,saya lupa nak bagitahu wad Raemi-"Minho yang baru sahaja masuk kedalam wad itu tersentak apabila suasana seakan kekok. Yaera masih lagi melihat mereka dengan kaku. Otaknya seketika beku apabila mendengar percakapan anggota polis itu
YOU ARE READING
Colours ||Choi Soobin||
Teen Fiction||Complete|| "Yaera,kenapa pakai baju kuning? Kan aku dah cakap pakai baju biru" "Ah.. A-aku terlupa.. Mian" "Gwenchana" ... Layakkah seorang yang buta warna untuk merasai alam percintaannya sendiri? - - - - - - Start:1/9/2020 End:20/1/2021