~ not-edited~
BAB 7
Heart is the strongest muscle. One can definitely survive heartbreaks – Suria Andreana
Patah hati. Satu perasaan yang membuku di dada, terasa amat berat. Mengingatkanku jantung juga terdiri dari otot. Boleh terkoyak dan terasa sakit. Setiap degupan itu memeritkan. Namun, tetap juga harus berdegup kerana itulah kelangsungan sebuah kehidupan.
Ada fakta psikologi mengatakan otak tidak dapat membezakan sakit patah hati dengan sakit fizikal. Sakitnya sama sahaja. Betullah agaknya! Aku rasa dadaku sangat sakit. Bagai ada yang menekan-nekan. Terasa berat.
Patah hati juga boleh menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah. Rembesan hormon kortisol yang terhasil dari kadar stres yang tinggi akan menyebabkan hilangnya selera makan, rasa gundah-gulana, serangan insomnia dan mudah terkena penyakit.
Dan itulah yang terjadi padaku sekarang. Aku hilang selera makan. Aku tak dapat tidur yang nyenyak. Hatiku tak tenang. Jantung berdebar-debar laju. Bermacam-macam bermain dalam fikiranku. Restless.
Hidupku rasa.. kosong.
Sering kali aku merenung telefonku, melihat kembali mesej-mesej lama aku dan Haidar. Ketika aku bahagia, ketika aku sangka kami bahagia. Hatiku terluka lagi bila Haidar tetap sepi setelah semuanya terbongkar. Bagaikan aku tak pernah wujud.
Patah hati itu boleh menyebabkan seseorang melakukan kerja gila.
Itu juga betul. Ada masanya ringan jemariku mahu memaki Haidar, meluahkan segala sakit hati dan dendamku. Mahu menghantar mesej berkajang-kajang dengan bahasa indah punjangga yang mungkin memerlukan tapisan lapan belas tahun ke atas. Mungkin berakhir dengan ugutan mahu menghantar santau atau seangkatan dengannya.
Ya.. gila! Aku tahu. Bersyukurlah sebab aku masih waras.
Pada masa yang sama aku mahu meluahkan kepadanya, aku sangat rindukannya. Aku mahu mendengar suaranya. Cintaku padanya tak luak sikit pun. Hatiku dambakannya. Aku tak mahu berpisah dengannya. Mungkin merayu-rayu padanya agar kembali bersamaku.
Yes.. Patethic! Mujurlah ego seorang Suria Andreana masih tegak berdiri, menghalang semuanya daripada berlaku. Mati hidup semula, aku tak akan pernah merayu untuk makhluk bernama lelaki!
Sesekali memori silam pula datang. Bagaikan wayang. Dari pertama kali aku mengenali Haidar, kemudian dating pertama kami, setiap detik indah yang kami kongsikan bersama, sehinggalah pada malam bersejarah itu. Aku tahu dia tunang orang. Dan aku putuskan segala-galanya.
Dan kini, tiga hari dah berlalu, aku rasa bagaikan hilang fungsi. Hidup terasa kelam. Tempahan mekap aku batalkan semuanya. Dengan muka dah macam mak lampir, aku tak rasa aku mahu bertemu sesiapa pun. Aku hanya mahu duduk di atas katil, berbungkus di bawah selimut dan merenung siling.
Dan tahu apa yang lebih menyedihkan? Aku tiada sesiapa untuk berkongsi rasa ini. Tiada sesiapa yang tahu aku sedang patah hati memandangkan tiada pun yang tahu aku sedang bercinta dengan Haidar. Aku memilih untuk memendamnya sendirian.
Mungkin itulah hikmahnya. Meskipun sakit ditanggung sendiri, tapi sekurang-kurangnya aku hanya perlu berlagak macam tiada apa-apa yang berlaku selepas ini. Tak perlu semak untuk menjelaskan kebodohanku serta kronologi cinta tak kesampaianku ini kepada sesiapa. Aku tak perlu menghadap simpati orang lain.
I hate pity! Sometimes people ask not because they concern about you, but simply out of curiousity!
Tapi, menanggungnya sendiri juga bukanlah sesuatu yang mudah. Rasa macam terperangkap dalam dimensi sendiri. Rasa berserabut. Patut saja ada yang terfikir sampai mahu membunuh diri. Sebab rasa dunia gelap-gelita. Rasa bagaikan ini adalah pengakhiran hidup.
YOU ARE READING
King Haidar (PUBLISHED)
RomanceKisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini dibukukan. Sekian.