~not-edited~
BAB 11
A genius also can be a fool when in love – Suria Andreana
Belanda sinonim dengan tulip dan kincir angin. Sesiapa yang datang ke Belanda, pasti tak akan lepaskan peluang untuk melawat kedua-dua tempat ini. Terutama sekali ketika musim bunga, macam sekarang. Semalam aku dan Atisha dah melawat ke Zaanse Schans, tempat di mana terletaknya muzium terbuka kincir angin yang terkenal di Amsterdam.
Dan hari ini, kami bercadang untuk melawat ladang tulip pula. Inilah tujuannya kami memilih untuk datang ke Amsterdam ketika musim bunga. Tulip adalah di antara bunga yang terawal berkembang ketika musim bunga. Ketika kebanyakan pokok lain hanya tinggal ranting gara-gara musim sejuk yang baru berlalu, tapi tulip dah mula memekar. Sangat cantik!
Destinasi pilihan kami haruslah Keukenhof Gardens, sebuah taman bunga terbesar dan terkenal di Amsterdam. Taman yang hanya dibuka ketika musim bunga, dari hujung Mac sehingga pertengahan Mei. Setiap tahun berjuta-juta jenis pokok bunga akan ditanam. Tulip terutamanya. Memang selalu dibanjiri oleh beribu-ribu orang pengunjung.
Seawal tujuh pagi lagi kami dah siap. Takut ramai pula nanti kalau lambat. Malas nak bersesak-sesak walaupun kami dah tak perlu beratur untuk membeli tiket. Aku sempat membeli tiket secara atas talian.
Usai sarapan, kami berjalan menuju ke Amsterdam Centraal. Mahu menaiki kereta api untuk ke Lapangan Terbang Amsterdam Schipol. Dari sana, barulah ada bas yang menghubungkan terus ke Keunkenhof Gardens. Si Atisha ni yang gedik nak naik bas. Maklumlah.. kat New York tak pernah naik bas.
Tiba-tiba terasa lenganku dicuit Atisha. Ketika itu, kami sedang menunggu kereta api tiba. Kiri kanan kami pun, ramai yang siap berbagasi lagi. Mengejar penerbangan.
"You.. ada lelaki hot tengok sinilah!" Senyum miang terukir di bibir Atisha. Matanya menala ke arah sesuatu di bahagian kiriku.
"Biasalah tu. Tengok you," jawabku bersahaja.
Apa nak pelik? Untuk seorang model seperti Atisha, figuranya pasti menangkap mana-mana mata yang memerhati. Sofistikated. Bergaya. Dan penuh yakin. Boleh dikatakan ke mana-mana kami pergi, pasti mengundang jelingan para jejaka. Apatah lagi dengan wajahnya yang ala-ala Inggeris itu.
Aku di sebelahnya rasa hanya seorang yang kerdil. Tapi itu tak buatkan aku rasa hilang keyakinan diri. Aku adalah aku. Aku selesa dengan apa yang aku ada. Dan aku tak rasa cemburu langsung dengan Atisha.
"Tapi, I rasa dia tengok you la! You ada kenal mana-mana hot guy ke? I rasa dia malay. Hot malay guy. Yummy."
Tubuhku mengeras. Tiba-tiba rasa bulu roma meremang. Jantung tiba-tiba berubah rentak. Yang terlintas di kepalaku haruslah raut wajah bekas kekasih yang baru semalam aku jumpa.
Lalu aku pusingkan sedikit kepalaku ke sebelah untuk konfirmasi. Dan sebaik sahaja mataku terlebih cekap mengecam susuk tingginya, pantas saja otot muka berkerut dulu. Kurang senang! Dia buat apa kat sini?
Tapi aku kekal tenang.
"I rasa dia berminat dengan you la. You taknak tegur dia ke?" Haidar masih menangkap minat gadis di sebelahku ini.
"Taknak. Tak kuasa I!" tegasku. Suria Andreana mana pernah tegur lelaki dulu. Apa barang jadi lelaki, tapi kecut nak tegur perempuan? Tak ada jati diri langsung!
Atisha pandang lagi ke arah Haidar.
"You kenal ke?"
"Tak."
"My.. he's so hot! Kalau you taknak, can I have him?"
Auto jeling! Serius.. aku tak sempat nak control!
YOU ARE READING
King Haidar (PUBLISHED)
RomanceKisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini dibukukan. Sekian.