⤜¹

430 33 5
                                    

Rabu, 22 Julai 2015,

BUKKK!!

"biadap.. kau tahu tak aku siapa?.. " ya kes pembulian biasa, namun ia perit..

"sekali lagi, kau report kat cikgu.. aku bunuh kau.."

keupayaan berfikir serupa Albert Einstein bukanlah keinginannya, namun disekolahkan di sekolah khas bagi pelajar pelajar yang IQ melebihi 104 sahaja yg diterima masuk.

Liu Yangyang, 15 tahun merupakan pelajar pertukaran atas skor IQ nya dikatakan telah melebihi Albert Einstein. dengan IQ sebanyak 162, Yangyang diraikan oleh pihak sekolah.

semua pelajar cemburu dan dengki akannya....

"heh, kau jangan ingat kau pandai, kau boleh curi semua ni" kepala Yangyang ditonjol kuat, selepas dituduh mencuri barang solekan mereka.

Yangyang seorang yang pendiam disamping orang dan manja bersama abang abang nya, namun hidupnya bahagia.

"ahh!" buku buku yang dibawa berterabur. Yangyang panik dan bantu menyusun semula buku buku tersebut.

"sorry, awak okay?" gadis itu mengangguk dan pantas bangun dari lantai. rambut panjangnya menutup mukanya.

"ermm... boleh saya minta tolong tak?" yangyang yg mahu beredar terhenti dan menoleh kebelakang.

"hm?"

"tolong saya carikan pejabat.." gadis itu menunduk, seperti tiada keyakinan. yangyang juga malu.

"tapi sebelum tu..." yangyang mengambil getah rambut kepunyaan yg baru dibeli tadi, yg sepatutnya diberi pada abangnya. alah takpe, nnti dia beli la baru.

"awak kena ikut peraturan sekolah, hm?" yangyang mengikat rambut perempuan itu. perempuan itu kaku.

"chang, dah siap... awak cantik." yangyang berbangga atas seni ikatan rambut, perempuan itu tak berani utk menatap mata yangyang.

'dia ni mesti ramai kawan... haih..' desis gadis itu.

"jom, saya tunjuk pejabat" Yangyang membawa dia ke pejabat. sebelum dia beredar ke kelasnya,

"btw saya liu yangyang, selamat berkenalan!!" yangyang terus berlari ke kelasnya.

--

"budak tu dah sampai dah..." yangyang yg masih tersenyum sendiri membuka buku biologi jilid 4 kepunyaannya.

"pagi tadi aku nampak dia ngn perempuan"

"cun odoe pompuan tu"

"tch, dia ingat nerd tu boleh tackle pompuan ke??"

Yangyang menyumbat earphone dilubang telinganya. malas nak dengar desas desus tentangnya.

Yangyang kelihatan nerd, tetapi tiada siapa yg tahu betapa bijak dan liciknya dirinya. termasuk dirinya sendiri.

BANG!!!

"Mana budak tu... MANA BUDAK TU?!!!" Yangyang berdiri dan mengangkat tangannya. buku bio masih ditangannya.

"eh, berani eh kau skang, impressive..." matanya tidak focus ke mana mana melainkan di buku biologi nya.

bukunya ditarik dan dilempar keluar kelas, seperti biasa yangyang dibuli, di pukul disepak. cikgu? mereka lari sebab tanak bawa hal ni ke mana mana pihak.

akhirnya, dia ditolak keluar kelas. kepalanya berpusing dek kerana terhantuk bucu pintu, dia ingin menjerit tetapi tiada siapa yg berada di situ.dia mula berjalan mencari bantuan.

"t-tolong..." dia dicapai sebelum rebah.
dan di bawa ke hospital dengan segera.

--

'ni je?'

"yelah, ni je kitorang jumpa tentang budak tu..." keratan muka surat itu cuma berhenti disitu.

'kau ade jumpa pemilik diary ni tak??' blur, sebab dia tak paham.

"tangan noona laju sgt la, lele tak sempat nk baca"

"kalau chenle pon lembab, apetah lagi jisung" jisung terasa diperli tapi redha. gadis dihadapan mereka hanya mengulingkan mata.

'kau. jumpa. tak. pemilik. diary. ni?' isyarat tangan diperlahankan agar chenji memahami bahasa isyaratnya.

"ohhh, takde la ni kitorang jumpa kat bawah meja jisung, ni cam kisah 6 tahun lepas je..." balas Chenle.

"dae noona kenal ke yangyang?" Daerin mengeleng, namun, hatinya berkeras untuknya mencari manusia bernama yangyang.

mungkin firasatnya, maklumlah dia seorang yg baru bangkit dari koma dan masih tak dapat bercakap.

"chenle, aku rasa kita dah lambat nk gi sekolah duh..." jisung menunding kearah jam dinding, mata chenle membulat dan berlari kearah begnya.

"bye noona lele dah lambat!!" badannya Daerin dipeluk cium oleh chenji sebelum mereka berlari dan langgar hampir semua benda.

"apehal tu?" Daerin mengangkat bahu, mana la dia tahu, diakan Daerin?.

"ah nah, aku bawakan bubur ayam" bekas makanan dikeluarkan, bubur ayam panas panas ni memang makanan kegemaran Daerin dari azali. jadi dia memang tak menolak makanan hospital yg sering menghidang bubur kekadang tu dia yg mintak...

'maseh dejun, erm.. guanheng mana?' dejun mengangkat bahu, manalah dia tahu, diakan dejun?.

'ermm, dejun aku nk tanya boleh?' dejun mengalihkan perhatian pada Daerin sambil mengangkat kening.

"boleh, tapi slow slow, aku tak dapat tangkap tangan kau." Daerin mengangguk.

'kau, kenal, tak, siapa, Liu Yangyang?' sudu yg dipegang Dejun jatuh.

"yangyang?"

⤜Tbc¹



[H] Genius Psychopath • 양양Where stories live. Discover now