14 Days: 8

319 62 149
                                    

Assalammualaikum, new bab is Aku busy ye and tangan ni sangat malas nak menaip HAHAGAGAG. So yeah, nak cepat-cepat habiskan 14 Days ni heish 😃👍🏻

| 09032021 |



_______________





QIRSHA menggosok-gosok kedua belah telapak tangan bagi mengurangkan debaran yang bertandang di hati. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan. Ya Allah, seramnya!

"Okay, alhamdulillah semalam awak semua dah berjaya jawab ujian. Congrats! Tapi... jangan lupa, selang tujuh hari lagi ujian kali kedua pula," ujar Cikgu Izzati sambil melakarkan senyuman di bibir. Dia menatap wajah anak muridnya seorang demi seorang.

"Let's continue. Hari ni, cikgu nak bagi result korang. Ada yang meningkat dan ada juga menurun ye. Iman, Ilena..." Satu persatu nama murid-murid kelas 4 Akaun disebut oleh Cikgu Izzati. Qirsha hanya diam sambil memerhatikan kawan-kawannya mengambil kertas masing-masing.

"Qirsha." Tersentak Qirsha dibuatnya apabila nama disebut tiba-tiba. Dia tersengih seketika sebelum melangkah ke meja Cikgu Izzati untuk mengambil kertas. Lambat-lambat dia mengambil ketiga-tiga kertas yang merupakan subjek Addmath, Mathematics dan juga Accounts.  Sempat diucapkan terima kasih sebelum menapak kembali ke mejanya.

Jantungnya berdegup kencang takut untuk melihat keputusan yang diperolehi. Entah bagus entah tidaknya. Dia tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskannya. Mata ditutup sekejap untuk tenangkan diri. Setelah merasakan diri dah tenang dan okey, dia membuka mata. Tergamam Qirsha seketika seraya melihat nombor yang tertera di di kertasnya.

Tak mungkin!

"Woi Sha! Kau dapat berapa?" tegur Airiq dari arah belakang. Kerusi Qirsha ditarik-tarik sehingga badannya hampir jatuh terlentang ke belakang. Melihat kebisuan gadis itu, Airiq melangkah ke meja Qirsha dan mengambil kertas tersebut. Terbuntang luas matanya melihat nombor-nombor itu.

Matematik, 80%.

Matematik Tambahan, 60%%.

Akaun, 55%

"Wah, congrats Qirsha!" ucap Airiq, ikhlas. Dia tergelak kecil melihat riak wajah terkejut Qirsha. Terkejut betul itu. Walaupun belum cukup 14 hari, keputusan yang diperolehi Qirsha sangat memuaskan. Dia yakin Qisha boleh naikkan lagi markahnya.

Qirsha masih lagi dengan perasaan terkejutnya, tidak percaya apa yang dilihat. Bayangkan, dari awal tahun selalu sahaja Addmath dapat result 15% hingga 30%. Tiba-tiba hari ini, zup!

Meningkat terus!

''Hah Airiq, result kau berapa? Nak tengok!''

Qirsha memusingkan badannya ke belakang dan cuba mengambil kertas ujian milik Airiq itu. Namun, Airiq lebih bijak menangkap gerak-gerinya dan pantas menyorokkan kertas di bawah meja. Terus wajah Qirsha berubah cemberut.

''Aku tak nak bagi, nanti kau insecure,'' balas Airiq sambil menjongket kening sebelah kirinya. Dia mengeluarkan buku mata pelajaran Sains lalu diletakkan di atas meja. Qirsha mencebik bibir ke depan, menunjukkan protesnya. Dia memusingkan badan ke depan menghadap mejanya kembali.

"Airiq!''

Qirsha pura-pura mengulang kaji subjek Sains dengan tekun. Dia mengerling langkah Airiq dengan ekor mata sebelum memusingkan badan ke belakang. Meja Airiq dituju dan dia menundukkan sedikit badannya bagi sama paras dengan laci meja. Senyuman lebar terukir di bibir lalu tangan mencapai kertas-kertas ujian itu.

14 Days [C]Where stories live. Discover now