Assalammualaikum, ehem! Jemput baca, vote and comments 💘✨
| 13102020 |
________________
JADUAL yang ditampal di dinding dilihat sekilas. Kepalanya terangguk-angguk sambil bibir menyanyikan lagu. Tangan Qirsha lincah menyusun buku-buku di dalam beg. Matanya dikecilkan sebelum menjerit kecil.
"Pergh, hari ni ada PJ!"
Tanpa berlengah masa, Qirsha melangkah ke almari baju lalu dibukanya. Baju sukan
diambil sebelum dicampak ke atas katil. Butang on yang berada di sisi telefonnya ditekan. Angka nombor yang menunjukan pukul 5:50 pagi dibaca perlahan.'Mandi dulu, lepas tu turun makan. Aku dah iron baju semalam, so okaylah,' gumam Qirsha sambil memuncungkan bibir ke depan. Tuala yang tersidai elok di tempat penyidai diambilnya lalu terus berjalan masuk ke dalam bilik air.
Usai sahaja mandi dan memakai baju, rambutnya yang panjang itu disikat rapi. Dia menggunakan handryer untuk mengeringkan rambutnya. Qirsha merengus perlahan apabila bunyi notification masuk. Bukan sekali, tapi banyak kali!
Airiq Hiok Hiok 🦶🏻💩
Uit bebal
Bangun!
Bangunlah setan!
Setan apa yang merasuk kau ni sampai
tak nak bangun
Kau nak aku azan ke dekat telinga kau?
Aku comelkan?
Qirsha Arynna binti bapak kau
Aduh aku lupa nama bapak kau heheheheTing!
Ting!
Ting!
Qirsha mengetap bibir geram dengan perangai Airiq. Dia tak jawab dekat WhatsApp, kacau guna Instagram pula. Aplikasi Instagram dibuka sebelum membaca semua chat Airiq.
air1q
Eh hanurt!
Bangun kambing!
Kau tak datang ke siaa!
Datanglah... nanti aku bosan!Jarinya lincah menaip sambil bibir terkumat-kamit menyumpah seranah Airiq.
Apa benda siak memekak pagi pagi
Gila ke?
Auto tak ngaku member 🦶🏻Qirsha terus menutup telefon tanpa menunggu balasan Airiq. Dia membetulkan awning tudungnya. Usai sahaja menyiapkan diri, dia mula melangkah ke tingkat bawah. Senyuman terukir di bibir apabila melihat uminya sedang menjamu selera di meja makan.
"Umi!" Senyuman Qirsha mati apabila melihat jelingan umi. Dia mengetap bibir sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Matanya membulat melihat semua makanan kegemaran terhidang. Dia melemparkan senyuman manis kepada umi.
"Wah, thank you umi masakkan untuk Ryn.
Ini semua favourite Ryn tau!" ujar Qirsha ceria. Dia berdiri lalu menuangkan air untuk dirinya dan umi. Umi hanya menayangkan muka dingin."Umi, umi nak tahu tak, Ryn ada sorang kawan ni tau. Dia offer nak ajarkan Ryn. Result dia pun gempak, umi," cerita Qirsha. Dia sengaja memberitahu untuk memancing perhatian uminya.
"Kau study ke tak study ke... sama je. Tak payah menyusahkan orang nak ajarkan kau. Still bodoh jugak."
Qirsha menunduk apabila mendengar kata-kata yang terbit dari mulut uminya. Hati cuba dikentalkan. Kepala Qirsha diangkat memandang uminya. Senyuman manis tetap terukir di bibir.
YOU ARE READING
14 Days [C]
Short Story• Second novel by @imsyazz • • 1st Short Story by @imsyazz • | Just friendship story | "I will teach you for 14 Days." Qirsha Arynna, gadis yang sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Namun nasib selalu tidak menyebelahinya apa...