Tuan Rasy Aqiel
Dia lelaki yang diidam-idamkan para gadis di Sekolah Tinggi Alexandra. Dia jejaka yang mempunyai segalanya dari kekayaan hinggalah rupa paras sempurna. Ketinggiannya mampu mengangkatnya sebagai 'setter' dalam pasukan bola tampar yang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alexandra High
"Andra's Team!" bergegar satu sekolah dengan jeritan gadis-gadis yang meminati kumpulan itu. Andra hanya berjalan tanpa menghiraukan mereka. Hanya seorang buaya sejati bernama Megat Rahim sahaja yang galak membalas senyuman. Mereka baru sahaja pulang dari pertandingan volleyball peringkat sekolah dan memenangi juara tempat pertama.
"Dengar cita kelas Apocalypse ada budak baru tho" kata Danish.
"Haah aku ada baca jugak dekat group gosip sekolah tu. Heboh sebab dia manusia kedua dalam sekolah ni yang ada mix Franch selain Rasy en?" soal Leo.
"Rasy, gi ar try. Mana tahu jodoh kau ke? Fuh boleh bayang siot anak kau tak serupa orang melayu" kata Rahim.
"Asal nama aku jugak kau petik. Tackle lah sendiri" kata Rasy tanpa riak.
"Dah engkau je nampak ala-ala setaraf dengan dia. Yang lain semua melayu asli kut kecuali si Leo ni memang bukan melayu" kata Hakim. Yup, Leo bukan orang melayu and also non-muslim. Dia berketurunan Amsterdam. Pelik en boleh cakap melayu.
"Eh mana Imran tho?" soal Rasy.
"Dia kan kena pergi kem dekat Terengganu 4 hari takkan kau lupa kut" balas Danish. Rasy mengangguk lalu tersengih sedikit.
"Aku masuk kelas lu paperoger" mereka berpisah di tangga bangunan itu.
"Kau dah siap kerja Madam Alin?" soal Hakim. Rasy mengangguk sahaja. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Matanya redup memandang ke hadapan. Wajahnya dikekalkan dingin.
"Nanti tolong aku pulangkan jersi dengan barang-barang yang aku letak dekat kelas tu boleh? Aku takut tak sempat sebab masa rehat coach nak jumpa aku" kata Rasy.
"Letak tempat biasa en?" soal Luth. Rasy mengangguk.
"Uyo Rasy! Luth! Menang tak?" soal ahli kelas Apocalypse.
"Bruh Andra kut! Mestilah menang" balas Luth. Dia duduk melepak bersama gengnya dikelas. Duduk dengan Rasy pun macam tunggul buat apa. Dasar feelingless.
"Dean! Sampai pun kau!" Rasy menoleh. Tak pernah dia dengar nama tu didalam kelas ini. Dia tergamam.
"Sorry I'm late" balas gadis yang dipanggil Dean. Rasy menatap gadis yang berjalan ke arah sekumpulan perempuan yang berdekatannya. Rambut ikal mayangnya yang berwarna blonde asli, mata biru laut yang tenang, hidung mancung, bibir mungil merah delima tanpa sebarang lipstick serta kulit putih. Perfect.
"Done checking me out?" Rasy tersentak.
"Pardon?"
"Done checking me out?" soal Dean lagi. Rasy menelan liur. Tambahan pula Luth melihatnya dengan pandangan mengusik.
"What type of question is that miss?" soal Rasy tanpa nada. Malu pun malu tengok anak dara orang sampai lupa kubur tadi.
"That question special for person like you young man" balas Dean berani. Dua perempuan yang memanggil Dean tadi berusaha memanggil Dean lagi supaya berhenti berdebat dengan Rasy. Seisi kelas hening agar dapat mendengar jelas butir bicara mereka.