Chapter 19

122 12 0
                                    

StadiumPrit!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stadium
Prit!

Rasy memandang papan markah yang besar. Sekolah mereka hanya mendapatkan dua mata manakala Veteran pula sudah mula membuat jurang markah. Lima markah ditangan mereka cukup membuatkan mereka bongkak dan yakin kemenangan menjadi milik mereka.

Bola pertama dispike oleh Syed Idarki. Luth merengus. Sengaja bola itu ditargetkan ke arahnya. Kedua tangan disua ke hadapan, menerima sahaja apa yang berlaku.

Bam!

"Sss" Luth berdesis. Tangannya mula menunjukkan kesan merah yang terang memandangkan kulitnya putih. Sakit yang dirasakan akibat spike dari Syed Idarki sumpah membuatkan Luth semakin tak keruan.

"Chance ball!" kedengaran jeritan pasukan pihak lawan. Luth kembali fokus. Sakit dibiarkan seketika.

"Ikmal!" jerit middle blocker pasukan Veteran. Bola ditatap oleh Ikmal. Tangannya bersedia melambung manakala kakinya bersedia melompat bagi teknik delay.

"Tunggu" gumam Rahim.

Imran dan Leo bersedia disisi Rahim bagi menahan bola yang bakal dispike Ace pasukan lawan.

"Now"

Mereka serentak melompat. Tangan diangkat tinggi. Ace Veteran tersengih. Tapak tangannya hanya menyentuh sedikit sahaja bola lalu bola tadi terkena jari Leo dan jatuh ke lantai.

Prit!

Imran menapak semula dengan baik. Kasut yang telah ditukar amat membantu tetapi tidak buat Danish. Badan belakangnya kini terasa sakit hingga ke tulang tapi digagahkan juga bermain.

"Danish kau okay tak?" soal Rasy.

Pertama kali dia melihat Danish yang ini. Selama ini Danish hanya bermain dengan selamba , kadang kala asyik tak serius tapi matanya fokus. Tapi tidak untuk perlawanan kali ni.

Hospital

"How? Apa perasaan Tuan Kashif setelah bermalam di wad bahagian psikologi dan mental?" soal Doktor Farhan sambil tersengih.

"Saya sendiri pun tak sangka akan masuk ke sini" balas Kashif.

Siapa je expect dia akan dimasukkan ke hospital gila?

"Saya dengar Tuan Kashif ada bermimpi semalam. Tuan Kashif ingat tak mimpi apa?" soal Doktor Farhan. Kashif menggeleng. Dia tak pernah dapat gambaran mimpi yang jelas.

"Tak mengapa. Tuan Kashif ada sesuatu yang Tuan Kashif sembunyikan bukan?" soal Doktor Farhan. Kashif tersentak.

"Slow and steady okay. Jangan rasa tertekan atau stress. Cuba beranikan diri dulu. Tuan kena lawan trauma Tuan barulah boleh sembuh cepat" pesan Doktor Farhan.

"Saya rasa semua ni berpunca dari saya sendiri. Saya yang selamatkan abang saya dari nahas tapi hati saya masih tak tenang"

"Maksud Tuan?"

TUAN RASY AQIEL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now