HB ‼️ 7- Mana Jambatan ?

61 6 2
                                    

"Kita kena patah balik"

Kata - kata Harraz membuatkan semua ahli kumpulannya menggangguk setuju kecuali Daniel . Daniel menggeleng tanda tidak bersetuju.

"Mana boleh . Black Bat Flower tu macam mana?"

Harraz yang berdiri serta merta menengking Daniel . "Kau yang nak hilang nyawa tadi , boleh pula fikir pasal bunga tu!"

"Kau nak markah kita kena potong ke?!" Balas Daniel keras tidak mahu kalah . Harraz mendengus kuat mengatakan dia betul - betul tengah bengang sekarang ini .

"Dani , kena tolak markah takpa lagi , tapi kalau dah nyawa melayang tu nak fikir apa lagi" sokong Shah jelas bersetuju dengan cadangan Harraz .

Masing - masing menggalas beg galas kecuali Daniel yang masih lagi berpeluk tubuh itu . Dina yang melihat terus sahaja kakinya melangkah mendekati Daniel .

"Dani , please lah . Kali ni je kau dengar cakap orang . Lepas ni ikut pandai kau lah . Tolonglah jangan
degil . Untuk kebaikan kita semua juga" Ujar Dina separuh merayu . Daniel mengeluh perlahan .

"Kalau prof potong markah kita , siap korang eh!" Selepas itu , dia menggalas beg dengan kasar. Yang lain hanya menggeleng akan sikap degil rakannya itu.

Mereka semua berjalan bersama - sama . Harraz memandang ke arah Liya yang sedari tadi memapah Hana itu . Mahu digendong di belakang badannya , awal - awal lagi dirinya kena reject .

"Sya , mana jambatannya?" Soal Harraz .

Syareena hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal . "Entah lah . Saya tengok peta ni , memang jambatan tu ada kat sini . Tapi kenapa tak ada pulak?"

Shah menjenguk peta yang dipegang oleh Syareena . Memang betul apa yang dikatakan oleh gadis ini . Harraz merampas peta itu lalu melihat lakaran itu .

Kerutan halus di dahi Harraz menunjukkan betul apa yang dikatakan oleh Syareena . Tapi yang pelik mana jambatan panjang itu ?

Hana mengeluh penat sebelum dia duduk . Lantak lah seluar kotor ke apa ? Sakit ni !

Liya duduk mencangkung di sebelah Hana yang jelas menahan kesakitan itu .

"Kan aku dah kata biar aku gendong kau tapi kau tak nak . Kan dah sakit
tu." Ujar Harraz tanpa memandang wajah gadis itu . Hana hanya mengabaikan sahaja kata - kata Harraz itu .

"Boleh tak kita berehat kat sini jap ?
Sebab saya nak tukar kain balutan dekat lutut Hana dengan pipi Dina." Ujar Syareena . Harraz hanya menggangguk sedikit .

Syareena mengambil kotak first aid kit
segera lalu bergerak mendekati Hana .
Dia juga menyuruh Dina duduk bersama dengan Hana . Balutan pada lutut Hana dibuka perlahan dan berhati - hati .

Balutan yang penuh dengan darah itu diberikan kepada Shah yang asyik dari tadi merenungnya . Shah mengangkat kening tanda kenapa .

" Tolong buang jap "

Shah menggangguk kepala sebelum mengambil kain balutan yang penuh dengan darah Hana itu lalu dilempar jauh - jauh . Liya yang melihat terkejut .

"Wei jangan lah buang macam tu je."
Kata Liya.

"Kenapa pula?" Soal Shah pelik .

"Ibu aku kata , bila masuk hutan kena beradab . So kau faham - faham lah" Ujar Liya perlahan .

"Alah biar je lah . Yang penting sekarang kita kena cari jambatan tu"
Sampuk Daniel yang tengah bersandar di batang pokok itu .

Liya menggeleng perlahan . Balutan lutut Hana dan juga pipi Dina telah selesai . Mereka semua menyambung perjalanan mencari jambatan panjang itu .

Hana dengan terpaksanya memaut erat belakang leher Harraz yang sedang mengendongnya di belakang .

Wajahnya juga direhatkan di bahu kanan Harraz . Hanya beberapa inci sahaja wajahnya dengan pipi Harraz . Jelas riak sinis di wajah Harraz apabila Hana mengeluh perlahan .

Daniel berjalan di sebelah Dina yang asyik dari tadi memegang pipi kanan yang luka itu walaupun sudah berbalut baharu .

"Sakit lagi ke?" Soal Daniel prihatin .

"Sakit lah . Bukannya kena cubit tapi kena toreh . Tahu toreh?" Perli Dina .
Sengaja mahu membangkitkan amarah Daniel tetapi Daniel hanya mencebik bibir . Tanya aje pun !

Tiba-tiba rasa ingin tahu menyebulungi diri Daniel. Dia terus merapatkan dirinya dengan gadis tomboy itu.

"Kau kena toreh dengan apa?" Bisik Daniel perlahan. Dina mengerling rakan-rakannya yang berada di hadapan.

Dina merapatkan mukanya ke telinga Daniel seolah mahu berbisik. "Kena toreh dengan kuku. Nak tahu kuku apa?"

Daniel menelan air liurnya. Kenapa seram sangat suara si Dina ni. Daniel hanya menggangguk.

Dina sengih sinis. "Kuku hantu!" Dina berbisik keras. Terus terbuntang mata Daniel. Lelaki itu lekas berjalan di hadapan sekali dengan Shah. Dina sudah terkekek ketawa. Tahu takut!

Shah dan Daniel berjalan di hadapan . Masing - masing sudah memicit pelepis . Kalau dikira sudah setengah jam mereka mencari jambatan panjang itu tapi tetap juga tidak dijumpai . Haih !

"Ya Allah ! Mana jambatannya ? Bukan ke dekat - dekat sini je!"
Kata Syareena seakan berputus asa .
Ada 3 jam sahaja lagi sebelum masuk waktu maghrib .

"Haih sabar je lah , Sya" Ujar Liya seraya memaut lembut bahu Syareena .

"Jangan - jangan kita sesat kut!" Celah Daniel gusar . Yang lain hanya berpandangan sesama sendiri . Tak mungkin lah mereka sesat kerana mereka ada peta .

"Insyaallah tak kut . Takpa kita cari lagi okey . Nanti kalau dah masuk waktu maghrib baru kita berhenti solat" Cadang Harraz selaku ketua kumpulan . Hana yang lena di bahunya dikerling sekilas .

Mereka meneruskan perjalanan lagi . Namun makin lama , diorang Makin pelik .

"Ermm kenapa aku rasa macam kita ni jalan tempat sama je?" Kata Liya yang sibuk memerhati sekeliling . Tadi rasanya dah lalu tempat ni .

Daniel menggangguk mengiyakan .
"Betul lah . Kita dah lalu tempat ni"
Kata Daniel . Dina memicit pelepis .
Jambatan hilang , sesat pula , sakit pun dapat !

"Aku rasa lah kan better kita cari jalan esok je lah . Betul tak Harraz?" Cadang Shah .

"Ha'ah . Macam ni kita cari tempat sesuai dulu lepastu pasang khemah . Kita sambung perjalanan esok pula" Cadang Harraz pula .

Mendapat anggukan daripada semua membuatkan Harraz menarik nafas lega . Nasib dia dapat ahli kumpulan yang tidak terburu - buru .

" Jom ! "







Siapa yang tak follow lagi my IG boleh follow sekarang tau! Kalau nak suruh author follow back boleh je DM author dekat IG! Mekaseh! ❤️❤️

My IG : zwinaasam_

HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now