sudah hampir 4 bulan Prince tiggal bersama Dasom. Bagaikan durian runtuh, kehadiran Prince dalam hidup Dasom lebih menceriakan gadis itu.
suatu pagi yang cerah, Dasom bangun dari tidur nyenyaknya.
"Prince, oh Prince." panggil Dasom.
seperti biasanya Prince laju saja masuk ke bilik Dasom tetapi harini tidak pula. Dasom agak risau. Dasom menuju ke tingkat bawah iaitu ruang tamu untuk melihat Prince.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat sekujur tubuh yang hanya mengenakan seluar pendek berbaring di sofa miliknya.
"Siapa kau?" jerit Dasom sambil mencapai batang penyapu berdekatannya itu.
lelaki tersebut terjaga dari tidurnya. dia juga terkejut dengan perubahannya.
"Saya Prince, kucing awak." kata lelaki itu.
"jangan nak merepek.bagitahu saya awak siapa? mana Prince saya?" kata Dasom.
