<Waktu: Pukul 8:00 pagi>
Pada pagi yang begitu indah ini, kita dapat lihat seorang lelaki sedang berlari kerana lambat untuk ke tempat kerjanya.
"Alamaaaaakkkk!! Saya dah lambaaaat!!!" Jerit lelaki itu yang mula nampak kelam kabut.
-Hiden Aruto
Profile: President kepada syarikat Hiden Intelligence dan juga wira bernama Kamen Rider Zero-One. Seorang yang periang, optimistik dan suka buat lawak (Lawak hambar sebenarnya...)
---
Seperti biasa, Aruto kadang-kadang bangun lewat disebabkan berjaga sepanjang malam memikirkan lawak baru sebagai tema hariannya.
Tiba-tiba, Aruto berhenti berlari dan mula teringat sesuatu.
"Oh, ya lah... Saya boleh panggil Rise Hopper!" Katanya lalu dia memakai Zero-One Driver dan mengeluarkan Risephone-nya untuk memanggil motorsikal daripada satelit ZEA yang baru tapi...
"Erk... Saya lupa..."
[Flashback]
"Kalau awak panggil motor tu sekali lagi untuk tujuan macam ni, saya sambar awak dengan petir!!!" Jerit Ikazuchi pada Aruto sambil menunjukkan buku lima padanya.
Muka Aruto kelihatan sedikit takut kerana digertak oleh Ikazuchi.
[Flashback Ends]
"Okey, kalau macam tu..." Aruto kemudian mengeluarkan satu Progrise Key berwarna merah jambu.
Wing!
Aruto mengaktifkan Progrise Key tersebut dan mengimbasnya pada Zero-One Driver dan mula bertukar ke Zero-One Flying Falcon.
Fly to the Sky! Flying Falcon!
YOU ARE READING
Kamen Rider Zero-One! Re:Dive! (Coming Soon)
FanfictionLatar waktu dan tempat: Kisah ini adalah sequel kepada series Zero-One. Setelah 2 tahun selepas kekalahan Ark dan Metsubojinrai.net, syarikat Hiden Intelligence telah pun berkembang maju dalam bidang teknologi A.I dan kini telah menerajui dalam bida...