Seekor burung kakak tua hinggap di balkoni bilik Taehyung bersama surat di kakinya. Kebetulan Taehyung sedang menghirup udara segar di balkoni itu. Surat itu diambil Taehyung
"Jadi ratu pun nak sambut. Ini semua poyo" selamba dia mencampak kertas itu tanda dia tidak berminat. Langkahnya yang dibawa ke kamar terhenti apabila dia terfikirkan sesutau berkenaan sambutan itu.
"Calon suami Puteri Sana? Hm" Dagunya disentuh konon berfikir. Teringat dia waktu zaman kanak-kanak dulu di mana keluarganya melawat Istana Seoul.
Pertama kali dia lihat Puteri kecil Sana yang berumur 6 tahun, hatinya berdetak laju. Kecantikannya memang luar biasa!
Taehyung tersenyum nakal
"Sana tu baru la secocok dengan aku. Dua dua visual kuat. Hihihi tapi... Sekarang dia masih lawa ke?" soal Taehyung sendiriSudah lama dia tak jumpa Puteri itu. Kali terakhir mereka jumpa sewaktu darjah 4. Itu pun Taehyung tidak sengaja membakar rambut Sana sewaktu bermain bunga api. Terus mereka bergaduh dan tak berjumpa lagi.
"Oh ya! Kalau aku kahwin dengan dia, Seoul jadi milik aku! Siapa tak mahu kerajaan maju itu? Hehe" Taehyung senyum kemenangan.
"Tuanku nak pergi Seoul?" Bobby tetiba memunculkan diri bersama Blackpink
"Iya" Taehyung mula bergerak untuk berjumpa kedua ibu bapanyaSetibanya dia di kamar Raja dan Permaisuri, pintu diketuk tiga kali lalu ia terbuka. Dia melangkah masuk menghadap bonda dan ayahandanya yang sedang berehat balkoni bilik
"Wahai ayahanda dan bonda" panggilnya dengan sopan
"Ada apa anakanda?" soal Permaisuri Hyorin
"Anakanda ingin berangkat ke Seoul esok"Mereka yang tadinya tenang terus terkejut "Tempat tu bahaya. Ada Ratu Jeongyeon yang kejam. Tak boleh" larang Raja Taeyang
Taehyung mencebik
"Boleh la. Mereka sedang cari calon suami untuk Puteri Sana" Taehyung merayu"Kalau macamtu kita hantar rombongan ramai-ramai"
"Izinkan anakanda menyamar sebagai orang biasa di sana" minta Taehyung lagiPermaisuri terus lemah mendengar permintaan tak masuk akal Taehyung
YOU ARE READING
[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰𝐢𝐜𝐞¹²ᴰᵂᴬᴿᶠˢ
FantasyCemburu dan iri hati atas kejelitaan yang dimilik Puteri Sana, Ratu Jeongyeon menyimpan niat untuk membunuhnya Mengetahui perihal itu, Puteri Sana melarikan diri ke dalam hutan dan bertemu dengan 6 orang kerdil "Izinkan beta menetap di sini, Beta ja...