Ratu Jeongyeon bersemayam megah di singgahsana Raja yang kini merupakan miliknya setelah kemangkatan suaminya, Raja Suho semalam. Manakala Puteri Sana, anak tirinya berdiri tegak di sebelahnya.
"Tunduk kepada Ratu" Arah ketua pengawal di raja, HongJoong dari kumpulan ATEEZ. Semua sekali pengawal kumpulan ATEEZ dan VERI VERY menunduk hormat di depan Ratu Jeongyeon sebagai tanda menghormatinya.
ATEEZ dan VERI VERY merupakan kumpulan pengawal dalam istana dan luar istana. Kedua-dua kumpulan itu sering bertengkar dalam merebut gelaran pengawal terbaik di Seoul.
"Mulai harini, beta yang akan menanggung segalanya. Ujarkan kepada beta perihal kesukaran hidup kamu semua,akan beta selesaikan dengan sekali hayunan" Ratu Jeongyeon memutarkan tongkatnya dengan penuh bergaya.
Puteri Sana di sebelahnya, kurang senang dan terima akan cara Ratu Jeongyeon yang suka membantu rakyat dengan menggunakan magis dan sihir kerana dia tahu, magis dan sihir itu bantuan daripada setan dan roh jahat.
Duit yang mereka banggakan dari sihir, di alam nyata hanyalah sampah yang sangat kotor. Makanan dari sihir pula sebenarnya ulat atau najis, sungguh jijik!
Setiap kali Sana terbayangkannya, pasti dia akan geli-geleman. Ingin sahaja dia menghentikan sihir Ratu Jeongyeon, namun dia tak dapat berbuat apa-apa kerana dia diarahkan untuk sentiasa diam.
Itu membuatkan dia terikat dengan istana. Dia tidak bebas seperti Puteri-Puteri dari kerajaan lain. Rakyat pun tidak mengenalinya. Apatah lagi jantinanya sama ada perempuan atau lelaki?
Rakyat tak pernah tahu. Namun namanya, Sana sering disebut-sebut rakyat kerana katanya, memiliki rupa paras yang sangat menawan. Hanya golongan di raja yang mengenali Puteri Sana.
Dia di jaga ketat oleh mendiang Raja Suho yang sangat sayangkan dia sehingga takut ada yang cemburu atas kejelitaan yang dimiliknya dan ada yang obseskan dia.
Ratu Jeongyeon menjeling Puteri Sana di sebelahnya. "Oh yaa" Dia mula ingat apa yang dia ingin umumkan "Hujung minggu ni, Beta ingin adakan majlis tari-menari di istana" kata Ratu Jeongyeon dengan teruja
Puteri Sana membesarkan bola matanya. Raja Suho baru je mangkat, Ratu Jeongyeon ingin adakan majlis pula? Soalnya sendiri
"Ini bertujuan untuk perkenalkan Puteri Sana pada rakyat jelata dan kahwinkan dia dengan pilihan beta."sambung Ratu Jeongyeon. Sana segera menolak "Tuanku, anakanda masih tak bersedia untuk menghadiri sebarang majlis dan menerima orang baru dalam hidup" jawabnya perlahan
Ratu Jeongyeon memandangnya sinis "Tch.. Tak perlulah kamu terlalu berduka cita atas kemangkatan Raja Suho. Dia sudah pun tiada. Lupakan, Sana. Mulakan hidup baru kamu seperti orang lain dan berkahwin dengan pilihan Beta" Arah Ratu Jeongyeon dengan lembut namun penuh memaksa
Sana hanya mampu terdiam, tidak mampu melawan
*****
Bts (6 orang kerdil) menyelinap masuk ke dalam gua, tempat tinggal Troll(mahluk kecil) bagi tujuan untuk mencuri permata milik Troll.
"Masuk-masuk" Namjoon, ketua Bts berbisik memberi arahan pada ahli yang lain. Mereka segera mempercepatkan langkahnya masuk terus ke dalam gua. Nasib baiklah semua Troll sedang tidur mati.
"Busuknya" Jin berleter sambil mengepitkan hidungnya dengan jari "Shhzhshhzhsghsjkshh" Jungkook meletakkan jari telunjuk di bibir meminta hyungnya itu diam
Melihat semua Troll tidur, membuatkan Suga juga terasa ngantuk. Dia asyiklah menguap dan hampir terlelap. "Aku ngantuk" bisiknya setelah menguap buat kali ke-47
YOU ARE READING
[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰𝐢𝐜𝐞¹²ᴰᵂᴬᴿᶠˢ
FantasyCemburu dan iri hati atas kejelitaan yang dimilik Puteri Sana, Ratu Jeongyeon menyimpan niat untuk membunuhnya Mengetahui perihal itu, Puteri Sana melarikan diri ke dalam hutan dan bertemu dengan 6 orang kerdil "Izinkan beta menetap di sini, Beta ja...