The Sun in My Heart

14 2 1
                                    

Jambangan bunga di dalam tangan, aku perkemaskan. Lalu loceng pintu di hadapanku terus ditekan.

Ding dong~

Pintu dikuak lebar. Terpacul wajah seorang wanita berambut coklat keperangan di muka pintu. Dia menyambut aku dengan senyuman mesra.

"Oh, hai Aiden! Marilah masuk, kitaorang baru nak sarapan ni."

"Terima kasih, auntie. Ni untuk Dawn," hulurku jambangan bunga matahari kepadanya.

Bunga kegemaran Dawn.

Susan tertawa halus.

"Apa kata Aiden sendiri je bagi dekat Dawn? Dia ada dekat meja makan tu."

"Dawn turun breakfast?"

"Iya," balas Susan gembira.

Dawn jarang sekali duduk di meja makan bersama keluarganya. Lebih tepat lagi, dia jarang keluar dari biliknya. Ini kerana, fizikal Dawn yang agak lemah membuatkan segala pergerakannya terbatas.

Maka, sebab itulah Dawn lebih rela berkurung di dalam biliknya.

Sebab dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Hai, Dawn!" sapaku.

"Hey, Aiden! Tengok ni, harini aku boleh berlari!" suara Dawn ceria seraya bangkit dari kerusinya lalu berlari ke arahku.

"Hei, hati-hatilah! Kau bukan sihat mana pun," tegur adiknya, Jeremy yang baru turun dari tangga.

"Diamlah pendek!"

Air muka Jeremy berubah cemberut apabila diperkatakan sebegitu. Terkumat-kamit bibir merahnya menyumpah seranah si kakak.

Aku hanya tersenyum simpul. Gembira melihat Dawn ceria.

"Nah untuk kau," hulurku kepadanya, bunga yang aku pegang sedari tadi.

"Wah, bunga matahari! Alec ke yang bagi?" senyumnya sambil mengusap-usap kelopak bunga itu.

Senyumanku berubah kelat.

"Taklah, dari aku."

"O-oh.. Thanks," ujarnya perlahan lalu membawa diri ke meja makan.

Suasana menjadi hening seketika. Dapat aku lihat, air muka Dawn berubah sedikit muram.

"Baiklah, penkek dah siap!" celah Susan dari arah dapur.

Tanpa membuang masa, aku pun turut melabuhkan duduk bertentangan dengan Dawn.

***


"Aiden, Aiden...," suara Dawn setelah sekian lama mencoret sesuatu di atas buku lukisnya.

"Hm?"

"Alec.. Alec dah tak nak kawan dengan aku ke? Dia dah tak nak jumpa aku ke?" sayu Dawn menyoal dari atas katil.

Aku yang berada di meja belajar Dawn, segera berpaling memandangnya. Kepalanya menunduk. Matanya seakan berkaca.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Sebab dah lama dia tak jenguk aku. Paling last dia jumpa aku pun... tahun lepas."

"Jadi, kenapa?" soalku tak bernada. Entah mengapa, hatiku rasa panas sahaja bila nama Alec menutur di bibirnya.

"Aku... rindu Alec," sebak Dawn menutur. "Aku rindu nak dengar suara dia, gelak dia, muka dia..."

Dan tangisan Dawn pecah.

Aku mengeluh perlahan.

Sakit betul hati aku melihat Dawn menangis kerana teringat akan Alec.

Dawn, sejak dia berumur lima tahun lagi sudah didiagnosis satu penyakit yang agak ganjil. Penyakit kulit yang teramat sensitif terhadap cahaya Matahari atau sinar UV.

The Sun in My HeartWhere stories live. Discover now