--1--

1K 42 4
                                    

Hai semua, ni fanfic first sye.... mungkin tak lah berapa seronok. Tapi, sye harap awak semua enjoy baca ff ni~

"Omma..... bolehlah. Suho nak belajar satu kolej dengan kawan-kawan Suho," Kata Suho.

"Suho, kamu tak tahu, dekat luar tu banyak perkara tak elok boleh berlaku. Omma bukan saja-saja tak bagi Suho belajar dekat kolej biasa," kata Puan Kim.

"Tapi omma, Suho pergi belajar dekat kolej biasa bukan nak terjebak dengan perkara bukan-bukan. Suho nak belajar. Bolehlah appa," kini sasarannya Pengerusi Kim pula.

"Betul cakap omma kamu tu Suho. Apa salahnya, klau kamu ikut ja cakap omma dan appa. Kan senang,"

"Tapi, Suho nak belajar dengan kawan-kawan Suho," Puan Kim yang mendengarkannya hanya menggelengkan kepala lalu memandang suaminya.

"Beginilah, appa benarkan Suho belajar dengan kawan-kawan Suho. Tapi ingat, pastikan kamu tidak terjebak dengan gejala sosial," kata Pengerusi Kim.

"Yeay... Gumawo appa," kata Suho gembira. Puan Kim hanya tersenyum melihat anaknya gembira.

~ Exopink Bubbletea Shop @ 8:30 p.m ~

Kedai tersebut kelihatan kosong dalam keadaan malam yang redup macam ini. Eunji duduk seorang diri di kaunter sambil bermain Temple Run bagi menghilangkan kantuknya. Tetiba...

"Yoo, bubbletea satu," kata seorang pemuda yang membelakangi Eunji.

"Yah, tak reti nak reti nak ckap elok-elok.. Dasar insan tak ada kesedaran. Dari kecik sampai dah tinggi lampai macam zirafah ni pon x berubah lagi," kata Eunji sambil memberi pesanan kepada Bomi. Sehun yang mendengarkannya berpaling mengadap Eunji dan tersengih.

"Kau datang sorang ke?"

"Dengan aku," tetiba muncul seorang lelaki.

"Masa bila kau ada kat sini?" Terkejut giler tetiba je muncul.

"Aku ikat tali kasut la," kata Luhan. "Kau kerja sampai pukul berapa ni?"

"Pukul 9:00 aku tutup la kedai. Yang kau ni malam-malam asyik minum bubbletea je... benda lain bnyak, yg ni jugak kau pilih," bebel Eunji

"Kau nikan... klau perempuan tu memang perempuanlah... bebel je keje.. aku pelik macam manalah Baekhyun bleh jatuh cinta kat kau," kata Luhan sambil mengelengkan kepalanya. Tetiba phone dia berbunyi. Dia terus ke satu sudut lalu mengangkat panggilan itu.

"Kau jangan sebut nama dia bleh tak? Serabut kepala otak aku ni duk dengar nama dia. Kami kawan jelah,"

"Tapi dia anggap kau lebih dari kawan," celah Bomi sambil membawa bubbletea Sehun. "Kau ni dia dah la kaya, handsome, cute. Mcam manalah kau bleh x terpikat kat dia?"

"Pape jelah... malas nak layan. Nak ambil ni. Aku belanja," kata Eunji. Sehun melompat-lompat macam budak kecil. Luhan pon sudah kembali kat tempat tadi.

"Yeay... thanks. Luhan siapa tadi tu?" Soal Sehun.

"Suho, sepupu aku akan sambung belajar kat kolej yg sama ngan kita,"

"Yang kaya tu ka?"

"Yup, dah la jom balik,"

"Kami balik dulu. Bye. Balik nanti jaga diri elok-elok. Nanti jadi apa-apa, Baekhyun menangis pulak," usik Sehun.

"Biarkan je dia," kata Eunji sambil melambai tangan kepada Sehun ngan Luhan.

"Eh, Eunji ada budak kaya nak masuk kolej kita la. Mesti nanti dia terkenalkan," kata Bomi.

"Kenapa? Kau nak mengorat dia ke?"

"Boleh jugak. Hehehehe....," Bomi tersengih menayangkan giginya yang putih.

"Eh, kau serius ke?"

"Kau ni biar betul? Takkan aku nak mengorat dia kot? Kalau aku mengorat dia, Chanyeol nak lempar kat mana??"

"Hehehe... Jangan marah. Saja nak test. Dah la jom tutup kedai. Dah pkol 9:15 dah pon,"

~ Kediaman Gangnam-Gu @ 11 p.m. ~

Entah kenapa, semenjak Suho mendapat kebenaran daripada ibubapanya untuk belajar di kolej luar, hati dia jadi tak tentu arah. Bukan senang ibubapanya membenarkannya untuk belajar di universiti biasa.

Esok hari pendaftarannya dekat Seoul Art College. Berdebar-debar pulak nak tunggu hari esok. Sebab debaran itulah sampai sekarang dia masih tidak boleh melelapkan matanya Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.

From: Luhan

To: Suho

Tidurlah awal. Aku tau kau terlampau excited, tapi esok hari pendaftaran kau. Dah la pi tidur, nanti x cukup tidur susah pulak.

'Ok, sabar Suho. Sekarang kau pergi tido. Esok kau nak daftar kolej baru' kata Suho kepada dirinya sendiri.

Bila dia tenang sikit baru dia boleh melelapkan matanya.

~ Kediaman Persekitaran Seoul @ 8:00 a.m ~

"Eunji, bangun!! Kamu nak lewat ke kolej ke?" Jerit Puan Jung dari dapur.

"Kejap," Eunji yang masih mamai, melihat jam locengnya. Matanya membulat melihat waktu yang menunjukkan pukul 8:05.

"Alamak, dah lewat," jerit Eunji sambil berlari ke dalam bilik air. Dia mandi tak sampai 10 minit dan terus memakai pakaian.

Dia lari ke dapur untuk bertemu dengan ommanya.

"Omma, Eunji pi kolej dulu. Bye,"

"Tak sarapan dulu ke?"

"Tak palah. Eunji dah lambat ni...," kata Eunji sambil berlari memakai kasut dan terus ke stesen bas.

~ Seoul Art College @ 9:05 a.m ~

"Aduh, lambat ni. Macam mana klau aku tak sempat sampai??" Kata Eunji berlari sambil melihat jam ditangannya. Tetibe....

Bushhhhh.......

Habis buku yang dipegang oleh Eunji terjatuh.

'Aduh kebangangan apakah ini??' Marah Eunji dalam hati sambil tunduk mengutip buku yg berterabur tanpa melihat siapa yang dilanggarnya.

"Hoi, x nampak ke?" Marah lelaki itu.

"Sabar. Yang dia langgar tu aku. Yang kau marah melebih ni kenapa?" Kata seorang lagi. "Awak tak apa-apa?" Soalnya kembali.

"Ohh... sye tak pape, maaflah saya dah lewat ni. Sorry sebab terlanggar awak," kata Eunji lalu dia mengangkat kepalanya, melihat siapa yang dilanggarnya.

"Eunji??"

Pendeknya part ni... tak pelah.. baru first time.. harap terhibur...

Without WordWhere stories live. Discover now