-- 8 --

325 27 2
                                    

Arghhhhhh!!!!!!"

"Suara apa tu???? Macam suara Eunji." Kata Suho yang terdengar orang menjerit berdekatan dengan stor terbiar itu. Dia terus berlari ke stor tersebut.

"Woi, apa yang korang buat ni????" Jerkah Suho.

"Suho Oppa???" Krystal terkejut dengan kedatagan Suho begitu juga ngan geng The Beautiful yang lain.

"Apa yang korang dah buat ni??" Marah Suho lagi.

"Ini ta..k se..per..ti ya..ng ko..rang nam..pak. Kami ke sini sebab dengar Eunji jerit." Kata Taeyeon tergagap-gagap.

"Tak payah nak bohong. Aku tau la perangai korang ni," kata Suho dan dia terus mendekati Eunji lalu menggerak-gerakkan badannya.

"Eunji.. sedarlah," panggil Suho.

"Oppa, kenapa pegang perempuan tu???" Marah Krystal sambil menarik Suho supaya menjauhi Eunji.

"Lepaskan aku la perempuan," kata Suho sambik menepis tangan Krystal dengan kasar sampai Krystal terjatuh.

"Woiii, penting sangat ke perempuan murahan ni sampai kau buat cem ni skali kat Krystal???" Marah Hyoyeon. Tiffany ngan Sulli menolong Kyrstal bangun.

"Memang penting pon. Dan untuk pengetahuan kau, dia satu-satunya perempuan yang pernah aku sayang selain omma aku," kata Suho lalu mengangkat Eunji keluar dari stor tu.

"OPPA AKAN MENYESAL SEBAB SUKA KAT PEREMPUAN SIAL TU!!!!" Jerit Krystal. Suho tidak mempedulikan kata-kata Krystal, yang penting baginya sekarang ini hanyalah nyawa Eunji.

-----------------------------------------------

~ Hospital Pink Blossom ~ 5:30 p.m ~

"Aku kat mana ni??? Putih jer," kata Eunji dalam hati. Dia baru sedar dari tidurnya. Dia menggerakkan sikit badannya, lengannya amat pedih akibat tikaman Taeyeon tadi. Dia perasan ada seseorang yang tidur di nyenyak di tepi katilnya sambil memegang tangannya. Dia menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Lelaki itu gerakkan tangannya yang menutup mukanya.

'Suho??? Kenapa dia ada kat sini??? Dia ke yang selamatkan aku tadi??' Sememangnya tadi dia mendengar suara seorang lelaki sebelum dia pengsan.

'Suho ke orangnya??? Dia dah la penyabar. Dan sekarang ni, dia ada di waktu aku susah.. patut ke aku terima dia?? Aduhh.. tak payah fikir la. Baik aku tidur.' kata Eunji dalam hati lagi lalu cuba melelapkan matanya tapi tak boleh. Kebetulan pula Suho terjaga dari tidurnya.

"Awak dah sedar??" Tanya Suho.

"Ishhh... dah mata celik ni maknanya sedar la tu," Kata Eunji.

"Sakit-sakit pun nak bergaduh lagi. Sakit tak lagi lengan ngan kaki tu???"

"Memang la sakit. Mana ada orang kena tikam ngan pisau rasa mcam kena baling ngan kapas. Mana ada orang luka hari ni sembuh hari ni jugak," Kata Eunji lagi. Suho hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Lapar tak?? Nak makan?"

"Tak lapar pun. Tapi, lapar la pulak. Tadi tak makan dari pagi. Nak makan ke tak??" Eunji berkata sendiri.

"Mana satu ni??? Mula2 kata tak lapar, dah tu lapar pulak. Ayat berbelit-belit. Nak makan ke tak??" Soal Suho.

"Nak!!!! Nak bubur ayam. Ayam nak lembut. Tak nak sayur." Kata Eunji sambil buat baby face. Suho hanya tersenyum. Macam budak-budak. Suho pun keluar ke kafe hospital. Sementara Eunji hanya memandang sekeliling bilik yang didudukinya.

'Mewahnya bilik ni?? Sapa bayar ni??' Soal Eunji dalam hati. Tetiba, dia ternampak handphone Suho. Dia mengambilnya untuk melihat phone itu. Tangannya terkaku apabila dia on phone tersebut.

'Dia letak wallpaper gambar aku??? Sejak bila dia dapat gambar ni??' Soal Eunji dalam hati. Dia terus letak balik phone tu ke tempat asal apabila Suho memasuki bilik itu.

"Ok.. bubur dah sampai. Mari makan!! Aaaaa...." Kata Suho lalu menyuakan hujung sudu di bibir Eunji.

"Saya boleh makan sendiri la," kata Eunji. Dia cuba mengambil sudu itu. Tapi, terlupa pula tangan kanannya amat sakit akibat tikaman tadi. Dia cuba ambil guna tangan kirinya, tapi Suho menjauhkan sudu tersebut.

"Ooooo... Cik Eunji, nak makan sila makan tangan kanan. Tak baik makan tangan kiri. Memandangkan tangan kanan awak sakit, jadi tangan awak perlukan rehat, jadi saya tolong suapkan tau," kata Suho.

"Ishhh, mengada-gada betullah dia. Baling kuali D.O baru tau,"

"Maaf ye. Kuali D.O limited edition, dan sekarang ni sedang digunakan oleh pemiliknya sendiri iaitu, Do Kyung Soo untuk masak makanan untuk pesakit khas iaitu Cik Jung Eunji," kata Suho seakan-akan formal. Eunji nak tergelak melihat gaya Suho bercakap.

"Dah dah dah.. makan ni. Nanti perut masuk angin," arah Suho. Eunji hanya membuka mulutnya. Kebetulan pula ahli EXO yang lain ngan Bonj masuk bilik tersebut.

"Aduh... sakit2 macam ni pun nak kalahkan kami ke??? Kami lagi sweet la," kata Chanyeol. Bomi yang mendengarnya terus mengetuk kepala Chanyeol.

"Hikshhhh... Appooooo," jerit Chanyeol sebab sakit.

"Yang Oppa tak habis2 cakap pasal sweet ni kenapa??" Marah Bomi. Chanyeol buat muka tak bersalah.

"Suka hatilah," kata Chanyeol. Ahli EXO yang lain hanya tergela ngan karenah merpati dua sejoli ni.

"Tapi, betullah.. korang ni, jealous pulak aku tengok," kata Luhan.

"Ishh... mana ada. Ni tangan Eunji ni kan kena tikam. Jadi aku tolong la suapkan," kata Suho.

"Betul betul betul," kata Eunji.

"Tak apa Eunji, kau jangan risau. Pasal 5 orang perempuan sewel tu, diorang dah kena buang kolej." Terang Bomi.

"Oooo...,"

"Macam tu je reaksi kau???" Kata Bomi

"Dahtu???"

"Gembira la sikit," kata Bomi. Eunji hanya mengangguk. Ahli EXO yang lain hanya tergelak melihat reaksi Eunji yang bersahaja.

Sorry sebab update lambat. Harap enjoy..

Without WordWhere stories live. Discover now