--2--

568 33 1
                                    

"Eunji?"

"La, kau ke Luhan. Aku lambat dah ni.. aku pi dulu. Nanti sembang lain. Bye." Kata Eunji sambil berlari-lari anak menuju ke kelas nyanyiannya tanpa sempat dia berkata sesuatu.

"Eunji," panggil Bomi.

"Huh, nasib baik sempat. Aku ingat nak kena denda dah tadi,"

"Yang kau lewat tu kenapa?"

"Mana aku nak tau. Tetiba terbangun lewat,"

"Kau tau tak, hari ni akan ada pelajar baru yang akan masuk kelas nyanyian sekali ngan kita,"

"Ada aku kisah?" Kata Eunji sambil membuat muka blurr.

"Ish, kau ni. Budak baru tu sepupu Luhan. Yang semalam Luhan cakap tu,"

"Ohh.. jadi yang tadi yang aku langgar tadi tu sepupu Luhan la. Boleh tahan handsome,"

"Siapa lagi handsome???" Kata Baekhyun yang tiba-tiba bersuara di belakang mereka. Eunji pusing belakang, dia melihat Baekhyun, Chanyeol, D.O, Tao, Sehun, Chen, Lay, Kris, kai dan Xiumin atau dikenali sebagai EXO. Geng terkenal kat kolej. Eunji pandang ke depan kembali lalu menjulingkan matanya.

"Kau terserempak ngan Luhan ke? Kat mana? Aku nak jumpa dia," kata Sehun.

"Aku kat sini," kata Luhan yang tiba-tiba muncul dengan sepupunya tu.

"ohh.. Hai Suho," kata EXO serentak, lalu memberi tempat untuk Suho duduk.

"Korang kenal dia ke?" Soal Eunji dan Bomi.

"Kitaorang kenal lama dah. Hanya kurang rapat," jelas Chanyeol. Luhan pon memperkenalkan Suho kepada Eunji dan Bomi. Suho melihat Eunji lama.

'Kenapa hati aku berdebar-debar ni?' Kata Suho dalam hati.

'Kenapa dia asyik tengok aku ni?' Kata Eunji dalam hati pula.

'Diorang ni buat eye contact depan aku nak bagi aku jaelous ke?" Marah Baekhyun dalam hati dan memandang tajam Suho.

Ahli EXO yang lain dan Bomi hanya lihat ja perlakuan mereka bertiga, dalam hati dapat meneka apa yang akan berlaku tak lama lagi.

Profesor pun masuk meneruskan pembelajaran tentang nyanyian dan muzik. Sepanjang pembelajaran berlangsung Eunji perasan Suho asyik melihatnya.

'Kenapa dengan dia ni??'

~ Secret Garden (Taman Bunga/Herba Kolej) @ 11:30 ~

Eunji duduk dibawah pokok yang redup sambil mendengar lagu menggunakan earphonenya. Tapi fikirannya mengenangkan perlakuan Suho ketika kelas nyanyian tadi.

'Buat apalah aku nak fikirkan benda entah pape ni, baik baca novel lagi bagus,' kata Eunji lalu mambaca sebuah novel misteri.

-----------------------------------------------

Suho berjalan disekitar kolej untuk mencari Luhan.

'Mana dia ni???' Sambil berjalan, lalu dia ternampak Eunji yang sedang membaca novel.

'Perempuan comel tu lah,'

DUP DAP DUP DAP.....

'Kenapa ngan aku ni?' Kata Suho sambil memegang dadanya yang berdegup laju. Dia berjalan menuju ke arah Eunji untuk menegur. Semakin mendekati, semakin laju degupan jantungnya.

"Hai, awak ada nampak Luhan tak?" Tanya Suho.

".........," -No Respond-

'Kenapa dia tak layan aku ni? Aku salah orang ke?'

"Eunji....." panggil Suho sambik melambai-lambaikan tangannya depan muka Eunji. Eunji mengangkat kepalanya lalu senyum kepada Suho.

Suho terpena melihat senyuman itu.

'Comelnya...'

Awak ada tanya saya apa-apa ke?" Soal Eunji, lalu menarik sebelah earphonennya bagi mendengar apa yang dikatakan oleh Suho.

"Saya tanya awak ada nampak Luhan tak?" Suho mengulangi soalannya kembali.

"Tak pon. Dari tadi saya disini berkeseorangan," jelas Eunji.

"Oh, awak tak pergi makan ke?"

"Tak. Malas. Kalau awak nak pergi sye boleh temankan, memandangkan awak pelajar baru kat sini," kata Eunji. Suho mengangguk.

"Terima kasih kerana membantu,"

~ Kafeteria XOXOchu @ 12:15 p.m ~

"Eunji," jerit Bomi.

"Yah, tak payahlah jerit. Buat malu jer," Eunji dan Suho berjalan menuju ke tempat makan yng diduduki oleh Bomi, Chanyeol dan Baekhyun. Baekhyun tengok Suho dengan pandangan yang tajam. Sakit hati dia melihat Suho rapat dengan Eunji.

"Chanyeol, Kau ada nampak Luhan?" Soal Eunji.

"Tak pon. Mungkin ada kat library kot. Tak pelah Suho, kau makanlah dengan kami dulu. Nanti kita pergi cari Luhan," kata Chanyeol.

"Baekhyun, kau kenapa?" Soal Eunji. Dia perasan dari tadi Baekhyun asyik melihat Suho dengan pandangan yang tajam. Baekhyun bangun lalu menarik tangan Eunji pergi dari situ.

"Kau ni kenapa nak tarik-tarik aku?" Marah Eunji. Sakit pulak tangan dia ditarik.

"Kenapa kau asyik rapat dengan Suho jer?"

"Aku hanya kawan je kan, macam kita. Lagipon kan dia pelajar baru. Yang kau nak marah ni kenapa?"

"Kau tu milik aku tau tak. Tak de mana-mana lelaki pon bleh rapat dengan kau,"

"Yang kau perasan sangat ni kenapa? Sejak bila aku jadi Milik kau? Kau boleh tak jangan paksa aku sukakan seseorang yang aku tak suka? Aku rimas tau tak," Marah Eunji dan terus berjalan pergi meninggalkan Baekhyun berkeseorangan.

"Kenapa begini pulak jadinya? Kenapa aku tidak boleh kawal emosi aku? Eunji, kau pon satu. Kenapa susah sangat kau nak terima cinta aku? Aku ikhlas sayang kat kau." Kata Baekhyun sambil pergi dengan hati yang sakit.

-----------KEMBALI KE KAFETERIA---------------

"Kenapa dengan Baekhyun?" Soal Suho.

"Biarkanlah dia selesaikan masalah dia sendiri," kata Bomi, Chanyeol hanya mengangguk. Suho hanya menjongketkan bahunya.

"Suho, kita ambil sama course kan. Lepas ni, kita tak ada kelas, kau nak buat apa?" Soal Chanyeol.

"Aku ingat aku nak jalan-jalan sekitar kolej ni,"

"Nak aku temankan. Kot kot sesat ke nanti,"

"Tak pe. Nanti sesat aku call kau ke, Luhan ke," kata Suho.

Suho tergerak hati untuk pergi ke Secret Garden. Baginya tempat tu sangat menenangkan hati kerana dipenuhi dengan banyak pokok bunga. Tiba-tiba, Suho terdengar suara seakan-akan ada seseorang menangis. Suho mencari dari mana datangnya suara itu, dan dia pun ternampak seorang perempuan menangis sambil mukanya ditutupi oleh kedua-dua lututnya.

"Awak ok?" Tanya Suho. Dia pon mendekati perempuan itu. Perempuan itu mengangkat sedikit mukanya. Suho merasakan hatinya sangat sakit ketika itu apabila mendapat tahu orang yang menangis itu adalah Eunji.

"Kenapa awak menangis?" Eunji hanya mengeleng. Suho tak tahu nak buat apa, akhirnya dia pun memeluk Eunji.

Without WordWhere stories live. Discover now