Aina Adriana merupakan seorang wanita yang biasa, kehidupannya dipenuhi masa silam yang sampai kini belum dapat dilupakan.
Syafiq Kyle pula merupakan pelakon yang terkenal hidupnya lengkap namun perjumpaan Aina dan Syafiq mengubah kehidupan masing-m...
Aina terbangun dari mimpi indahnya dan melihat jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 10 pagi dan Aina masih berada di dalam biliknya yang sedang terbaring di atas katil dia sedang sibuk bermain telefon bimbitnya. "Manja, bangun dah pukul berapa ni sayang? Tak mahu bangun lambat sangat, ada orang nak datang rumah nak jumpe Papa ni cepat bangun Mama tunggu dekat bawah" terdengar suara Datin Aishah yang menyuruh Aina bersiap
"Okay Mama, sekejap lagi Aina turun " jawab Aina
Dengan berasa malas, Aina pun masuk ke tandas dan mandi. Telefon Aina berdering sebaik sahaja Aina melangkah kakinya keluar dari tandas.
"Hello? Eh Aina! Kau turun lepak tak malam ini? Kite plan nak pergi riding"suara kawan baik Aina , Nayyara di telefon Aina
"Iyalah aku turun, jumpe kedai mamak pukul 2 petang sekejap lagi" Aina membalas
Aina pun bersiap diri, dan memilih untuk memakai baju dalam yang sesuai untuk dipakai bersama leather jacketnya nanti.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aina memilih untuk berpakaian sebegitu lalu mengemas katil dan biliknya. Setelah itu, Aina berjalan keluar daru biliknya lalu turun ke ruang tamu untuk bersarapan dengan keluarganya. Aina memberi senyuman yang terbesar kepada Mamanya lalu mengambil tempat duduk di sebelahan Datin Aishah. Terlihat kelibat seorang lelaki yang tinggi dan muda di hadapannya yang sedang duduk di sebelahan Dato' Marzuki.
"Manja nak pergi mana? Dah bercantik-cantik ini buat ape?" tanya Dato' Marzuki
"Aina nak keluar dengan kawan-kawan duduk dekat rumah panas mana tahu jumpe jodoh bolehlah Aina fikir nak kahwin dua" sindir Aina
Dato' Marzuki hanya berdiam diri, dia sudah terbiasa dengan sikap anaknya yang telah hilang rasa hormat terhadapnya, ini semua kerana Aina belum lagi dapat redha menerima takdir Tuhan. Hingga ke hari ini, Aina tidak pernah berbual dengan Dato' Marzuki keranan terlalu benci terhadap Papanya yang membuat keputusan yang membelakangkan Aina.
"Manja, ni Mama kenalkan Abang Syafiq, dia lah orang yang akan berkerja dengan Papa untuk filem terbahru Papa. Syafiq, kenalkan ini anak tunggal makcik Aina Adriana" kata Datin Aishah
Bebola mata Aina melihat wajah Syafiq, rupanya Syafiq Kyle, pelakon yang terkenal itu akan berkerja bersama Papanya. Syafiq melihat wajah Aina yang sedang makan itu dan lalu memberi senyuman ikhas kepadanya namun Aina hanya menjeling dan berdiamkan diri sahaja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.