Episode 2

6 0 0
                                        

Syafiq terbangun kerana terdengar azan subuh. Apabila Syafiq ingin bangun dan ke tandas, kepalanya berat, seolah-olah kepalanya itu diletak beras. Syafiq tetap cuba untuk bangun dan ke tandas lalu mandi dan mengambil wudhu. Sebaik sahaja Syafiq menunaikan solat subuhnya, Syafiq berjalan perlan-perlahan dan turun ke ruang tamu, kepalanya pening dan membuat situasi sekelilingnya berpusing. Syafiq berjalan ke sofa dan mengejut Aina.
" Aina, bangun awak boleh tidur dalam" Syafiq berkata
Aina pun terus terbangun, dan mengambil bantalnya lalu berjalan ke atas. Sebelum dia jalan, dia memegang bahu Syafiq dan mengucapkan terima kasih. Syafiq terkejut dengan tindakan Aina, tapi dia tidak mahu berfikir berlebihan mungkin kerana dia sedang mamai jadi dia tidak tahu dia memegang siapa. Syafiq pon terlelap diatas sofa itu kerana terlalu mengantuk.

Dato' Marzuki tersedar, sudah pukul sepuluh pagi dan dia dan Datin Aishah terlepas solat subuhnya kerana tidur terlalu lewat semalam. Dato' Marzuki pun mengejutkan Datin Aishah dan menyuruhnya bersiap dan sediakan sarapan pagi. Jam kini menunjukkan pukul 12 petang, Aina baharu sahaja tersedar dari tidurnya. Aina bangun dan dan mandi, selepas mandi, Aina bersiap kerana ingin keluar melepak lagi hari ini, namun cuaca hari ini sangat panas jadi dia memilih baju yang tipis jadi tidak akan berpeluh lebih. Namun Aina bertukar fikiran kerana takut kesejukkan nanti

Sebaik sahaja Datin Aishah menyiapkan sarapan, dia pergi ke biliknya dan menyuruh suaminya untuk mengejutkan Syafiq yang sedang tidur di  sofa itu dan memanggil Aina untuk bersarapan sekali

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Sebaik sahaja Datin Aishah menyiapkan sarapan, dia pergi ke biliknya dan menyuruh suaminya untuk mengejutkan Syafiq yang sedang tidur di  sofa itu dan memanggil Aina untuk bersarapan sekali.

"Manja, mari turun kite sarapan" kata Datin Aishah

Dato's Marzuki  pun turun ke ruang tamu dan mengejutkan Syafiq.

"Syafiq, bangun Syafiq sarapan" kata Dato's Marzuki sambil memegang lengan Syafiq. Tetapi, Dato Marzuki mendapati bahawa badan Syafiq terlalu panas, mungkin kerana terlalu penat dengan kerja sebab itu membuat dia sakit. Setelah Syafiq dikejutkan, mereka berkumpul di meja makan.
Kepala Syafiq terasa sangat sakit namun dia berdiam diri dan cuba menahan sakitnya itu. Aina yang sedang duduk di depan Syafiq melihatnya dengan berasa hairan.

"Kenapa pulak dengan dia ni? Semalam okay hari ini macam lemah je"suara kecil Aina berbisik

"Manja, Manja keluar ke nanti?, tak payahlah manja duduk rumah je temankan Syafiq"Datin Aishah berkata

"Manja akan balik sebelum pukul 11 malam Ma, Mama tak payah risau okay?"Aina membalas

Mereka pun sambung makan, sebaik sahaja Aina menghabiskan makanannya dia pun terus keluar rumah dan pergi melepak. Syafiq terkejut, atas sikap Aina yang begitu sombong walhal semalam dia rancak berborak bersama. Syafiq pon menghiraukan Aina dan menolong untuk mengemas namun dihentikan oleh Dato' Marzuki. Dia menyuruh Syafiq untuk masuk ke biliknya dan membincangkan tentang filem yang ingin dikeluarkan olehnya. Perbincangan itu membuat Syafiq letih dan mereka berbincang sehingga lewat malam.  Selepas perbincangan mereka, Datin Aishah memanggil Syafiq dan suaminya untuk makan malam bersama.

"Uncle, Aina memang selalu ke balik lewat malam?" Syafiq bertanya

"Memang, dia suka sangat melepak dengan kawan-kawan dia" kata Datin Aishah

Selepas makan Datin Aishah dan suaminya masuk tidur kerana letih yang belum hilang dari semalam. Syafiq yang dalam keadaan sakit itu mengambil selimut dah bantal untuk tidur di luar. Sebelum tidur, Datin Aishah menelefon anaknya

"Manja dah dekat mana? Kalau nanti balik tolong tengok-tengokkan Syafiq dia macam tak sihat je Papa bilang Mama tadi" kata Datin Aishah

"Okay Ma, dalam sejam gitu Aina balik, okay nanti Aina tengokkan Syafiq" Aina membalas

Sejam pun sudah berlalu dan Aina sekali lagi membuat keputusan meninggalkan kawan-kawanya yang masih ingin berlepak. Aina pun memandu pulang ke rumahnya. Setelah memasuki rumahnya, Aina terlihat Syafiq yang sedang tidur di atas sofa, Aina teringat pesan Mamanya yang menyuruh dia tengok-tengokkan Syafiq. Aina berjalan ke arah Syafiq dan meletak tangannya di dahinya. Badan Syafiq terlalu panas, ini yang membuat Aina risau dengan keadaan Syafiq. Wajah Syafiq yang sepucat mayat membuat Aina khuatir lalu dia pergi ke biliknya untuk meletak barang-barangnya dan pergi ke dapur untuk masakkan bubur ayam dan menyediakan ubat untuk turunkan suhu badan Syafiq.

Sebaik sahaja Aina selesai memasak, Aina pun meletak mangkuk dan ubat itu di meja yang berdekatan Syafiq dan menghampirinya untuk mengejutnya. Aina sudah sediakan beg plastik sekiranya Syafiq terasa ingin muntah.

"Syafiq, Syafiq bangun, awak tengah demam ni sekarang"Aina berkata dengan perlahan-lahan

Syafiq terbangun, dengan keadaannya yang lemah, dia membuka matanya satu per satu dan ternampak wajah Aina yang sedang berkerut kerana terlalu risau dengan keadaannya. Sebelum Syafiq dapat mengatakan apa- apa dia terasa mual dan ingin muntah, dengan segera Ains menghulur beg plastik itu, selepas muntah tenaga Syafiq makin berkurangan dan tidak mampu untuk membuat apa-apa.

"Saya mintak maaf Aina kerana menyusahkan awak"Syafiq berkata

"Takpe, sini saya suapkan bubur ni, awak kena makin sikit kalau tak tak boleh makan ubat" Aina berkata sambil tangannya memegang pipi Syafiq

Aina menyuapkan Syafiq bubur itu dengan penuh hati-hati terpancar keikhlasan Aina dalam menjaga Syafiq. Ini yang membuatkan Syafiq jatuh hati. Sebaik sahaja Syafiq menghabiskan bubur itu, Aina menyuapkan ubat dan air lalu menekapkan kain yang sejuk di atas dahinya.

"Awak rehat okay? Awak terlalu penat ni Apa-Apa panggil saje saye" Aina berkata

"Terima kasih kerana menjaga saya" kata Syafiq

Aina memberi senyuman kepada Syafiq dan ingin pulang ke biliknya. Belum sempat dia berjalan jauh Syafiq memegang tangan Aina dan menghalangnya untuk pergi.

"Boleh tak awak teman saya dekat sini? Selalunya kalau saya sakit saya perlukan orang dekat dengan saya" Syafiq meminta

"Boleh tapi kasi saya ambil bantal dan selimut saya" Aina berkata

Tanpa ragu-ragu Aina setuju untuk meneman Syafiq untuk malam itu. Pada pendapatnya tidak salah untuk menolong orang yang tengah sakit. Aina pun turun ke ruang tamu dan meneman Syafiq. Aina meletak bantalnya di sofa sebelah Syafiq dan duduk di lantai untuk meneman Syafiq.

"Aina awak memang suka naik motor ke?" tanya Syafiq

"Ya memang, saya suka naik motor sebab dapat hilangkan stress" Aina membalas

"Awak okay kalau saya nak bawa awak jalan-jalan tapi saya yang bawa motor tu?" tanya Syafiq

"Boleh, apa salahnya" Aina membalas

Sejujurnya, Aina ada sedikit perasaan suka terhadap Syafiq kerana perangainya yang sabar . Tapi Aina tidak mahu mengatakan apa-apa kerana dia takut bertepuk sebelah tangan. Syafiq pula memang sudah jatuh cinta sejak kali pertama mereka berjumpa, wajah Aina yang ayu, suaranya yang lembut,kedegilannya , keikhlasannya yang membuat dia jatuh cinta bersama insan yang bernama Aina Adriana. Aina baru sahaja ingin menanyakan sesuatu tetapu malangnya Syafiq sudah tertidur mungkin disebabkan ubat panadol yang dimakannya tadi. Aina pun ingin berehat dan tidur di atas sofa tetapi dia tidak boleh bergerak kerana tanpa dia sedari, Syafiq sedang memegang tangannya dengan erat. Aina yang berasa kasihan terhadap Syafiq, dia membiarkannya dan tidur di atas lantai dalam keadaan yang sedang duduk.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 03, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Dia Imam Kiriman TuhanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang