'07

147 35 1
                                    

THIRD PERSON POV

Amy dan teman lelakinya bergegas ke hospital selepas menerima panggilan doktor tentang sahabatnya,Y/N itu.

"Excuse me,mana wad Y/N?"tanya Amy sebaik sahaja tiba di kaunter pertanyaan (?) hospital itu.

"Tingkat 1,Wad 23"

"Terima kasih"

Amy ingin berlari namun ditahan oleh teman lelakinya.

"Perlahan lahan"kata teman lelakinya.

"I can't. Saya tak boleh relaks macam tu lepas apa yang doktor cakap"kata Amy.

Teman lelakinya mengeluh lalu melepaskan lengannya. Amy terus berlari pergi. Dia terpaksa berlari juga untuk memastikan teman wanitanya tidak melanggar orang.













"Y/n!"

Y/n menoleh.

"Amy"

Dengan tangisan Amy terus berlari ke arahnya lalu memeluk sahabatnya itu.

"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat semua tu? Kenapa kau nak bunuh diri sebab tu je?"tanya Amy.

Y/n hanya senyum.

"Entahlah,Amy. Aku terlalu mengikut perasaan"kata Y/n.

Amy duduk di sebelahnya. Y/n hanya senyum sambil mengelap air matanya

"Jangan sedih tau. Aku masih hidup"kata Y/n.

"Dulu kau cakap kat aku jangan bunuh diri masa aku tak kuat dengan semua benda yang berlaku. Kau cakap,kau nak tengok aku berjaya. Kau cakap dulu,masa depan aku akan lebih cerah. Tapi kau? Kenapa kau tiba tiba nak bunuh diri? Nasib baik jiran sebelah tolong"kata Amy.

Air mata Y/n mengalir.

"Aku tak tahu,Amy. Aku terlalu rindukan dia. Aku pun...nak bahagia juga macam orang lain. Tapi aku tak boleh. Aku...sangat sangat mencintai dia"kata Y/n.

"Y/n,aku tahu kau cintakan dia. Tapi,kalau kau pilih jalan ni..ni bukan jalan yang betul. Aku tahu,ni kali pertama kau betul betul rasa apa itu cinta..tapi,aku selalu doakan yang terbaik untuk kau tau. Aku tahu hati kau susah terbuka untuk lelaki lain,tapi kau dulu kan cakap yang kau nak jadi anak kaya. Tak payah nak ada suami semua...kau lupa?"

Y/n menggelengkan kepalanya dengan tangisan.

"Mana mungkin aku lupa? Aku nak yang terbaik untuk family aku. Aku nak mereka hidup mewah"

"Habis tu? Kenapa kau nak bunuh diri?Tolonglah,lepas ni jangan terlalu ikut perasaan okay?"

Y/n angguk. Amy terus memukul bahunya

"Kalau kau takde tadi macam mana?! Eyy! Dah lah rosakkan date orang"kata Amy.

Y/n hanya ketawa.

"Sorry"

Amy terus memeluknya. Mereka berdua menangis. Manakala teman lelaki Amy hanya memerhatikan mereka berdua.

"Aku harap Y/n akan hidup bahagia"katanya.

END OF POV

[✓]All My Love Is Gone 『𝘩𝘳𝘫』Where stories live. Discover now