Drabbles I - FO

340 73 103
                                    

PAP!

Senyuman sinis terukir dibibirku tatkala mataku melihat bekas telapak tanganku berdenyut-denyut kemerahan diwajah perempuan itu.

"Sena!" Suara seorang lelaki bergema diruang tamu banglo itu. Mata aku naik melihat suamiku yang baru saja pulang berkerja. Aish, shibal-

Park Namjun lantas berlari ke arah isteri pertamanya sebelum memeluk tubuh perempuan itu erat.

Aku terkebil-kebil sebelum berundur kebelakang apabila tersedar yang dia sudah ternampak segala aksi aku sebentar tadi.

"Sena, awak okey?" Perempuan itu kekal berdiamkan diri, tidak mahu keluarkan sebarang suara. Hanya airmatanya saja yang tidak berhenti mengalir.

Nampak saja peluang sudah diberi, aku terus menggunakannya untuk mempertahankan diri sendiri.

"Baby.. ini bukan macam apa yang you fikirkan! I yang tersakiti disini, okey? Dia nak pukul i tadi.. tapi i berjaya elak! You nampak tak betapa kejamnya dia! I dah banyak kali kata dekat you yang dia tu jahat tapi you tak percaya! And-and you know what? Dia kata, dia tak suka you ada anak dengan i-"

"Min Areum, " aku langsung terdiam. K-Kenapa dia panggil nama aku Min Areum dan bukannya Park Areum?..

"Tak guna kau nak menipu aku lagi. Aku sudah nampak semuanya dengan mata kepala aku sendiri. Anak dalam perut kau tu pun, bukan anak aku. Sunghoon dah bagitahu aku segalanya di pejabat pagi tadi. Oh.. dan sebelum aku terlupa, " beg kerjanya lantas dibuka, sekeping surat dilempar pada wajahku.

"Tanda tangan surat penceraian ni sebelum kau berambus dari rumah aku."

"AND... CUT!"

Aku terus merebahkan badan ke atas sofa yang berdekatan. Ah.. kerja sebagai pelakon ini serius memenatkan.

Otak aku pula tak berhenti teringatkan kejadian pagi tadi dimana bekas kekasih aku dizaman Universiti dulu, Choi Beomgyu, datang pagi tadi dan ingin hidup bersama dengan aku semula. Lagi teruk, bila dia dapat tahu yang dia dengan aku sudah ada—

"Ui, kau okey tak?" Kang Taehyun yang memainkan watak sebagai Park Namjun tadi, merupakan kawan karib aku sejak zaman sekolah rendah, mula memandang aku dengan riak wajah risau.

"Okey je. Cuma biasalah.. Penat si— "

"Hey! " Kami berdua lantas menoleh, melihat Kim Jinkyung yang memainkan watak sebagai Park Sena sebentar tadi, kini berlari ke arah kami dengan senyuman lebar terukir dibibirnya.

Aku mengerutkan dahi. Cepat pula harini dia tukar baju, selalunya berjam-jam pun tak siap lagi. Bila ditegur saja, pasti dia akan datang dengan alasan 'subang hilang lah, belum siap pakai make up lah'- senang kata dia memang bersiap lambat lah.

"Hey, nak datang rumah i tak malam ni? Ada celebration sikit hehe"

Aku menggelengkan kepala sambil memberinya senyuman kecil. "Mian, Jinkyung-ah. Saya tak dapat da—"

"Er, I tak tanya you pun. I tanya Taehyun," aku tercengang buat seketika sebelum menggelengkan kepala.

Si Jin ni memang takkan putus asa mengorat Taehyun.

Taehyun tersenyum kekok sebelum melayankan saja si Jinkyung. Apabila perasan Jinkyung mula mengusap-usap lengan Taehyun, aku tidak berkata apa-apa dan terus pergi meninggalkan mereka berdua.

Kita perlu berfikiran positif.

Mungkin, Jinkyung sudah lama menagih kasih sayang dari Taehyun?

It's okay. Aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku lagi dah. Aku lebih pentingkan— ttum!

Mata aku terus terbuntang apabila tersedar yang hari sudah pun gelap—

Alamak! Anak aku!








Film Out Where stories live. Discover now