Aku merenung wajah anak perempuanku yang sudah comot dengan aiskrim. Rambutnya yang mengganggu dia makan aiskrim tu, aku selak kebelakang telinga kecilnya.
"Garam, maafkan eomma, okey? Eomma janji, eomma takkan terlupa nak ambil kamu dari sekolah lagi. Eomma si—"
"Nakpe! Ada ajucci hencem tadi dah bagitahu yang eomma baru keluar dari tv dengan dia tadi. Astu, cebelum dia balik, dia ada belikan Garam ayam goyeng! Hehehe," ujar GaRam pelat dengan penuh kegirangan. Aku mengerutkan dahi, hairan. Ajussi? Ajussi mana pula ni?
Tidak banyak bertanya malahan berfikir lagi, aku terus mendukung tubuh anak perempuanku sebelum lantas membawanya masuk ke dalam kereta.
Ajussi..
..Beomgyu?
###
TOK! TOK! TOK!
Bunyi pintu rumah diketuk membuatkan aku terus terbangun dari tidur.
Tangan naik menenyeh biji mata, sebelum telefon pintarku dibuka.
Jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi, tapi siapa yang datang waktu-waktu begini?
Aku terus bergegas ke pintu hadapan sebelum membuka sedikit-
BUM!
"Tsk.. Ahnjing.. maafkan aku,"
Mata aku membulat apabila badanku terus dipeluk erat seorang lelaki. Bau deodoran yang melekat pada lelaki ini sangat aku kenali.
"A-aku minta.."
"Shh.. shh.. Taehyun, jangan menangis. Nanti Garam terbangun pula, dah lah susah nak tidurkan dia semula," perlahan-lahan esakan dia mulai berhenti.
"Okey Tae, sekarang ni apa kata kau duduk dulu? Aku buatkan kau koko Tok Kookoo sekejap," dia menggangguk perlahan sebelum menggelap airmatanya yang tidak berhenti jatuh dari tadi.
Tidak membuatkan dia menunggu lama, koko panas yang dikatakan tadi disiapkan dalam sekelip mata.
Aku sedikit hairan sebab Taehyun mana akan pernah datang ke rumah aku dalam waktu-waktu begini. Lagi-lagi kalau mentalnya tidak stabil.
"Taehyun, kenapa ni? Kenapa kau minta maaf dekat aku? Kau—"
"A-Aku dah lama sukakan kau, Ahnjing." Aku terus terdiam, mata terkebil-kebil memandang wajahnya.
"Aku terlalu takut nak bagitahu kau. Aku tak nak disebabkan pengakuan aku ni, persahabatan kita akan menjadi regang. Aku terlalu sayangkan kau.. " cawan dipenuhi air koko yang dipegang Taehyun tadi, kini sudah diletakkan diatas meja.
Taehyun mula mendekati aku sambil menyambung percakapannya.
"Sebelum ni, aku ingatkan perasaan aku pada kau semuanya palsu tapi selepas kau mengandungkan Garam masa kita masih belajar di Universiti.. Perasaan tu- perasaan yang ada pada kau ni.. dia jadi lebih kuat. A-Aku.. "
Taehyun terduduk dihadapan aku sebelum rambutku diselak ke belakang telinga. Wajahku dibelai nya lembut sebelum iris mata kami bertentangan.
"Aku nak bina keluarga dengan kau. Aku nak jadi punca kebahagiaan dan senyuman lebar yang selalu terukir dibibir manis kau. Aku nak merasa bagaimana berkeluarga dan disayangi oleh seseorang yang amat aku cintai. Aku- Aku cintakan kau, Man Ahnjing."
Apabila perasan yang aku langsung tidak bersuara dan jarak antara kami terlalu rapat, dia terus menjauhkan dirinya semula.
"A-Aku nak minta maaf.. Pasal Jinkyung petang tadi.. Aku dah reject dia! A-Aku tipu yang aku mandul dan d-dia terus pergi! Aku minta maaf kalau kau rasa—" tidak biarkan dia lagi banyak mengarut, aku terus menarik wajahnya dekat dengan wajahku.
Belum sempat bibir kami bertemu,
Suara seorang lelaki di hadapan pintu utama terus membuat seluruh badanku menjadi kaku.
"Oh, jadi inilah sebabnya awak lari dari jumpa saya pagi tadi? Jangan kata, ini juga punca awak tak nak bagi saya tengok Garam? Sebab awak ada scandal dengan kawan baik sendiri? Kang Taehyun? Seriously?"
the end
Maleh la nak sambung. Bukan ramai orang baca pong HSBSHAHAJAH papepun thank you yang sudi baca lubyu muach 😍🥛🥰💜
YOU ARE READING
Film Out
RomanceDidalam televisyen, kau ialah antagonis. Namun, didalam kehidupan sebenar, kau ialah si heroin. Copyright © 2021 by pottaetto | drabbles