Bab 20

1K 118 23
                                    

Ini bukan comeback. Okay bai.

-

    Amanda menyembur air sabun di atas meja kayu tersebut. Tangan kanannya mengelap meja itu. Harini dia tak rasa bersemangat langsung nak bekerja. Nak hadap Danial pun dah buat dia bosan. Ini pula nak hadap pelanggan. Selesai mengelap meja Amanda terus menuju ke ruangan untuk para pekerja berehat. Bukannya dia nak berehat sangat. Cuma nak duduk sementara tiada kerja.

    Telefon miliknya dikeluarkan. Mesej dari Rayden dipandang oleh mata kasarnya. Tak semena-menanya bibirnya ternaik sedikit.

     "Good morning Amanda sayangg. Kerja elok-elok." 

      Aip aip hati jangan cair. Telefon diletak di dalam poket semula. Tak mampu nak balas mesej daripada Rayden. Takut jatuh hati. Baru mesej ringkas pun hati dia dah berdegup dengan kencang. Ini pula kalau jadikan suami. Mungkin koma kerana terlampau cair dengan suami. Amanda mengeleng kepalanya. Menyempat betul dia berangan nak jadikan si Rayden ni suami.

     "Amanda.." mata hazel Amanda merenung gerangan yang menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Danial Hakim.

     "Hm." Amanda malas nak melayan. Dia memandang ke arah lain. Tak naklah pandang Danial lama-lama. Nanti dia perasan ingat aku suka dia. Tak ke mampus?

     "Kau ada hubungan dengan mamat terencat tu ke?" soalan Danial Hakim membuatkan Amanda berkerut dahi. Mamat terencat?

"Boss ke dia mamat terencat sekarang ni?" soalan dibalas soalan. Amanda menjeling Danial. Sesedap ais batu campur nak kata si Rayden terencat. Aku aje yang boleh mengata dia.

"Jap... kenapa nak backup sangat lelaki tu?" soal Danial bengang. Amanda tersenyum senget.

"Yang boss nak marah ni kenapa? Ada kaitan dengan boss ke hubungan saya dengan dia?"

      "Ya mestilah."

       "La tibe ada kaitan." Amanda menjeling Danial.

       "Aku suka kau."

       "So? Nak suruh saya gelabah?"soal Amanda. Tak ada maknanya dia nak terkejut si Danial ni suka dia. Eh tapi tadi memang dia terkejut sikit.

     "Kenapa kau benci sangat aku Amanda? Aku tak cukup handsome ke?"

       "Sejak bila boss handsome? Lol." 

       Danial tarik nafas berat.

       "Boleh tak kau serius. Aku tengah cakap benda penting." Amanda memandang Danial. Bibirnya ternaik sedikit.

      "Penting bagi boss tapi bagi saya tak penting." Lengan Amanda memeluk tubuh. 

       "Susah sangat ke kau nak suka aku?"

        "Susah. Sebab boss bukan taste saya." Danial terdiam memandang Amanda yang jual mahal padanya. Tak pernah lagi perempuan reject dirinya. Amanda yang pertama.

"Kalau aku meminang kau, kau okay tak?"

"Boss buang tebiat ke?" soal Amanda balik. Otaknya dah serabut dengan soalan Danial yang tak masuk akal. Kenapa sibuk sangat? Bukannya dia dan Danial ada hubungan yang istimewa.

"Aku ada niat nak halalkan kau."

"Then?" soal Amanda.

"Kau tak boleh tolak pinangan aku melainkan kau dah ada calon." Danial tersenyum menyenget. Dia tak tipu dengan kata-katanya. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Amanda. Termasuk rasuah ibu bapa Amanda dengan duit yang dia ada. Pasti mereka boleh terima pinangan dia yang tak seberapa. Heh.

"Saya boleh tolak pinangan boss. Jangan risau." Amanda memandang Danial Hakim. Senyuman manis diberi kepada Danial. Senyuman yang ada maksud tersirat. Danial mengangkat keningnya.

"Yakin?"

Amanda membetulkan rambutnya sebelum dia mengangguk kepala.

"Ya saya yakin."

       Amanda terus meninggalkan Danial seorang diri. Bibirnya diketap dalam diam. Kurang asam punya boss. Celah mana aku nak cari calon suami ni? Bercinta pun tidak pernah. Tangan yang dikepal menumbuk tapak tangan kanannya. Geram. Tak boleh ke move on aje dengan aku? Apa yang ada pada aku sampai dia terhengeh-hengeh.

****

Hawa Alisya berlari anak mengejar Rayden yang baru sahaja keluar dari Restoran. Dia sanggup menunggu abang Rayden di tengah panas selama 3 jam sebab nama Hawa Alisya tidak dibenarkan untuk masuk dalam Restoran itu. Entah apa salahnya sampai pekerja disitu menghalau dia dan memberitahu bahawasanya Boss mereka iaitu Rayden yang mengarahkan mereka. Hawa tak percaya! Abang Rayden tak akan buat Hawa macam ni. Mesti mereka jealous sebab Hawa bakal isteri Abang Rayden. Nanti dah kahwin, Hawa pecat semua pekerja perempuan yang miang. Lengan Rayden ditarik oleh tangannya. Rayden menepis tangan Hawa. Tak tahu dosa ke?

"Abang siapa betina tu? Kenapa abang curang dengan Hawa?" Tanpa salam dia terus menyembur Rayden. Rayden menjeling Hawa.

"Sejak bila kita bercinta ni?"

"Abang bakal suami Hawa!" merungut Hawa Alisya sambil kakinya dihentak ke lantai. Rayden menggaru kepala.

"Aku tak nak kau."

"Tak cukup cantik lagi ke Hawa depan mata abang?" soal Hawa Alisya. Bibir bawah digigit. Jari jemari bermain antara satu sama lain. Apa kurangnya dia dimata Rayden Hazrin?

"Tak, cantik lagi nenek aku."

"Abangg..." meleret Hawa memanggil Rayden. Tangannya tak habis-habis mengoncang Rayden sehingga naik rimas.

"Ya Allah kau kenapa beruk?"

"Hawa tak seksi ke?" soal Hawa Alisya. Matanya berkedip memandang Rayden dengan niat mahu menggoda. Kalau Rayden nak perempuan seksi macam betina tu. Hawa tak kesah untuk berubah. Sebab Hawa sayang abang Rayden ketat-ketat. Abang Rayden pencuri hati Hawa!

Rayden terdiam. Buang tebiat apa minah ni.

"Kau memang nak aku ke?"

Hawa mengangguk laju. Ya abang, Hawa nak abang!

"Tapi..."

"Aku. Taknak. Kau." Pintu kereta ditarik lalu tubuh Rayden masuk ke dalam kereta. Hawa ketap bibir.

Apa yang kurangnya dia? Kenapa abang Rayden tak pandang Hawa langsung?

Hawa sayang abang Rayden sangat.

Sayang duit abang Rayden yang berkepuk-kepuk.

Rayden mengeluh nafas berat di dalam kereta. Takut betul diganggu oleh Hawa Alisya. Deringan telefon dari seseorang diangkat. Tak semena-mena senyuman di bibir Rayden terbentuk.

"Nanti aku jumpa kau." Eksaited betul suaranya bila gadis idamannya mahu bertemu dengan dirinya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ti Amo, My Darling (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now