Bab 25

1K 130 55
                                    

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani- eh

Saya memohon maaf kerana scam kamu semua yang cantik bak bidadari ini. Saya berharap dengan bab ini membuatkan jiwa kamu semua meronta "makk nak kahwinn makk!" Walaupun macam tidak tapi takpelah bye!

Bluerk single

-

     "Abang?"

     Rayden memandang Hawa Alisya yang tersenyum kambing melihatnya. Hawa tanpa segan silu terus menolak kerusi Amanda lalu duduk di hadapan Rayden.

     "Kau buat apa duduk depan aku?"

     "Hawa tengok abang lah. Bakal jodoh Hawa."

      "Otak dia."

      "Otak siapa abang?"

      "Otak kau lah." Kasar balasan Rayden membuatkan Hawa Alisya mengigit bibir. Rayden tengah cakap pasal dia ke? Oh my god!

      Abang Rayden suka Hawa!

     "Apa abang ni, otak Hawa ada dalam lutut lah." lembut Hawa Alisya berkata manakala jari jemarinya bermain dengan hujung baju.

     "Patutlah kau benak." tegur Amanda dengan mulut penuh.

      "Eh eh eh dia ni. Kau siapa nak kata aku benak?"

      "Aku? Manusia lah. Tak macam kau beruk!" bidas Amanda, tangannya mengambil beg tangan sebelum dia meninggalkan mereka berdua. Rayden yang perasan buah hati sudah lari terus berdiri.

       "Tolong bayarkan." arah Rayden kepada Hawa Alisya. Hawa Alisya mengangguk kepalanya.

       "Tak sangka abang sayang Hawa sangat!" pipinya ditekup kedua belah tangan. Perasan malu menyerbu hatinya. Abang Rayden pujaan hatinya. Suruh dia bayar makanan! Awh.

****

"Sayang... janganlah lari. Nanti jatuh siapa nak sambut? Aku juga." Tegur Rayden dalam masa yang sama dia mengejar Amanda. Beberapa minit kemudian, Amanda terjatuh ke tanah kerana gelincir.

"Ha kan aku dah kata."

"Semua salah awak!"

"Aik? Aku pula kena."

"Ye lah mulut awak masin siapa suruh?"

"Kau lari siapa suruh? Dah tahu lantai licin sebab hujan." bidas Rayden membuatkan Amanda yang terduduk di lantai diam. Amanda menjeling Rayden sebelum tangannya dihulur kepada Rayden.

Rayden mengangkat keningnya.

"Kenapa?"

Amanda menjulingkan kedua belah matanya.

"Angkatkan saya." arah Amanda perlahan. Rayden tersenyum gatal sebelum tangannya terus mengendong Amanda. Tangan Amanda melingkari leher Rayden.

"Ingatkan marah tak manja." ujar Rayden perlahan.

"Bila masa saya manja?"

"Ni sekarang, nak dukung bagai. Tak apa sayang... sekarang darurat memanglah kau boleh dapat dukungan daripada aku." ujar Rayden terselit riak.

"Nanti lepas kita dah kahwin, kau nak pergi tandas pun aku dukung kau. Sebab free." Berona merah pipi Amanda mendengar perkataan kahwin.

"Cis cepatlah, saya nak balik." marah Amanda. Geram.

Ti Amo, My Darling (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now