Preview again! + note

102 20 3
                                    

Aku nak bagi satu lagi preview.

Draft Prolog remake ver of Goodbye Tomboy Girl!















Sekolah.

Seperti kita tahu, inilah salah satu daripada tempat-tempat yang mana bait-bait persahabatan bermula. Persahabatan itu merupakan salah satu daripada keindahan yang wujud di realiti dunia ini.

Namun begitu, tiada sesuatu pun yang akan bertahan selama-lamanya. Setiap pertemuan ada perpisahan. Perpisahan secara baik mahupun buruk, tetapi sudah pastinya kita mahukan perpisahan yang baik.

Dan itulah realiti dalam persahabatan.

Mahukah kita berpisah dengan sahabat baik akibat pergaduhan ataupun pengkhianatan? Seboleh-bolehnya, perpisahan itu perlu dihiasi dengan keceriaan dan kegembiraan sahaja.

Siapa sahaja yang tidak punya sahabat? Aku juga ada, kau pasti ada. Merekalah atau dialah merupakan salah satu daripada pemangkin untuk aku terus bangkit.

Sahabat aku? Aku masih lagi in contact dengan sang sahabat. Versi asal kisah ini diinspirasikan daripada kisah aku dan sahabat aku.

Alhamdulillah, sahabat aku tidak seperti di dalam cerita pertama aku ini. Alhamdulillah, dia sihat sejahtera dan tidak sakit atau telah meninggalkan dunia lebih awal. Syukur pada hadrat Illahi, kami masih bernyawa sehingga kini iaitu pada tahun 2021. Kisah kami berbeza dengan kisah telah aku nukilkan di sini.

But yes, let just bayangkan sahaja yang bahawa ini kononnya kisah kami. Supaya rasa suka dan duka itu sampai di lubuk hati para pembaca.

Para pembaca sekalian,

Ini merupakan kisah persahabatan yang sedih tetapi terselit juga gembira. Kisah persahabatan di antara dua orang gadis yang masih bersekolah.

Bait-bait keceriaan diselangi rahsia yang disimpan erat oleh mereka berdua telah mula kelihatan ketika salah seorang daripada mereka membuka mulut bertanya mengenai 'soalan maut' itu.

Pada nukilan kali ini, aku persembahkan versi baharu kisah ini. Biarlah kisah ini memberi pengajaran. Kau pastinya tidak akan menyesal kerana nilai pengajarannya lebih berharga daripada kisah yang tidak seberapa ini.

Sudahlah daripada berceloteh.

Izinkan aku bercerita tentang kisah mereka.

•••

Pada suatu hari yang indah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Indah, Selangor.

Sekolah Kebangsaan Seri Indah merupakan sekolah yang sangat berprestij. Pelajar-pelajarnya sangat berkemahiran tinggi dalam kedua-dua bidang akademik dan bidang kokurikulum.

Ketika ini, waktu rehat baru sahaja selesai. Suasana di sekolah itu amat riuh-rendah memandangkan hari ini merupakan hari pertama persekolahan mereka selepas tamat cuti PKP.

Ya.

Setelah tiga tahun lamanya, Malaysia akhirnya telah berjaya membendung masalah pandemik Covid-19 secara keseluruhannya. Tiada lagi kematian mahupun kes baharu telah dilaporkan sejak dua minggu lalu. Pesakit-pesakit Covid-19 telah discharge sepenuhnya sejak seminggu lalu.

Malaysia telah diiktiraf sebagai negara pertama yang berjaya membendung wabak ini secara keseluruhannya. Namun begitu, SOP masih perlu dipatuhi agar wabak itu tidak kembali merebak ke Malaysia.

Di sebalik keriuhan di sekolah itu, terdapat dua orang gadis sedang berjalan menuju ke kelas mereka dari kantin. Dari kejauhan, setiap orang pasti dapat mengenal pasti perbezaan yang amat ketara di antara kedua-dua gadis itu.

Goodbye Tomboy Girl✔️ (Original Ver + Info About Remake Ver)Where stories live. Discover now