1 (The Origin)

317 39 36
                                    

Shazwani, operation dah bermula. Aku dah minta mak untuk menulisnya untuk aku. Sebenarnya, aku betul-betul sayang akan kau.

Kau kawan paling baik. Kau kawan paling setia. Kau kawan yang amat sukar untuk aku raih kepercayaannya.

Personaliti kau tak akan menjejaskan persahabatan kita. Walaupun kau hampir bertentangan dengan aku hampir semuanya... Kau tetap kawan yang terbaik.

Kau berpersonaliti tomboy, lasak, ganas, garang, panas baran dan pemarah pada luarnya.

Tapi, kau seorang yang sangat baik hati, mempunyai nilai empati, prihatin dan sangat menghargai persahabatan kita dalam diam.

Walaupun tak pernah mengucapkannya dengan kata-kata, tapi kau menunjukkan melalui perbuatan.

Aku bersyukur kerana kau sudah mampu bergaul dengan rakan-rakan lain.

Walaupun bukan semua baik tu. Aku sahaja yang baik pada mata kau bukan? Hahahah! Gurau je.

Aku pun jahat. Sorry sebab bersikap tak adil. Aku minta maaf sangat-sangat.

Maafkan aku tau?

Weyh, ingat tak pertemuan pertama kita? Tahun 2013, darjah 3. Time tu aku nak cari kembar kau, Shazwan. Sebab dia satu kelas dengan aku dan terdapat hal penting yang perlu disampaikan.

Aku tanya kau Shazwan ada kat mana sekarang. Dan kau hanya menjawab dengan nada dingin dan tenang, bersama-sama pandangan mata yang redup namun tajam ke arah aku.

•••

"Err, weyh!"

•••

Kau pandang aku macam nak makan orang. Nada suara kau perlahan tapi ton suara kau agak keras.

•••

"Apa?"

"Err, kau kembar Shazwan kan? Aku baru nampak yang Shazwan jumpa kau tadi. Tapi, aku tak perasan Shazwan pergi mana selepas itu. Jadi... Aku tanyalah kau."

•••

Kau nampak menakutkan... Seram sejuk aku tengok. Macam baru lepas bergaduh.

Tapi bila tengok betul-betul, muka kau ada sedikit calar, seperti kena cakar dengan something like... Kuku? Tudung pun kotor sedikit, seakan-akan kau baru lepas jatuh ke lantai kelas baru-baru tadi. Tudung pun barai semacam.

•••

"Shazwan dah naik kelas. Cari dia di kelas."

"Weyh, kena- Eh?"

•••

Aku baru nak tanya kau something tapi kau dah blah dulu. Kau... Bergaduh ke?

Aku naik ke kelas. Nak cari Shazwan.

Goodbye Tomboy Girl✔️ (Original Ver + Info About Remake Ver)Where stories live. Discover now